Friday, August 19, 2011

APA RASANYA TERBANG?

Salam,



sungguh. Apa rasanya terbang? Macam burung. Ada sayap. Boleh bebas trafik jam. Sebab dekat udara kan. Tak ada lalu lintas yang sesak.

Terawang-awang.

Melayang-layang.

Sampai masa, berhijrah. Cari tempat baru. Cari teman baru.

Hai, sudah. Semakin melalut. Better off!

Wassalam.

Monday, August 15, 2011

SELAMAT PERGI

Salam,

sedih.
Biar si adik memujuk berkali-kali untuk meredakan hati. Tidak. Tidak merajuk. Aku senang kamu ingin menggapai cita-cita. Silakan. Silakan pergi. Semoga berjumpa lagi. Kasih sayang antara kita insyaALLAH kekal didalam hati ini.

~Selamat meredah bumi Jordan dik.
Doa kak ya, semoga kamu sejahtera selalu didalam misi menuntut ilmu.
Sayang kamu IRMA SHUKRI BINTI KHODORI~

Jangan lupa kamu pernah berjanji,

"Tidak akan pernah melupai kamu kamu,
kamu insan pertama yang mengubah diri ini"


~Puas mencari ada atau tidak gambar kita berdua. Tak ada rupanya
Hanya ini sahaja. Tetap tidak kita berdua~

Wassalam.


GUSAR

Salam,

Saat sudah semakin hampir. Gusar bercempera dibenak. Mula menghitung ragu-ragu. Mampukah? Berbakatkah? 

Oh, teman.
Mari dengarkan benak ku mengeluh. Sedang terbeban dalam kesantaian yang membunuh diri ketika ini. Bagaimana? Mula menggaru kepala yang tidak gatal. 

Sentimen yakin semakin culas kunjung hadirnya. Benar-benar sedang diamuk serabut tahap tertinggi seperti vadalisme yang tidak boleh diselamatkan lagi lagak umpamanya. Setiap saat setia memikirkan jalan keluar. Terujikah? Aduhai........................

~Bantu hambaMU wahai tuhan~


Wassalam.


Friday, August 12, 2011

SAAT AKU MENCINTAI KAMU

Salam,

Setelah berlalu awan mendung yang mengelamkan daerah terpencil. Berhari-hari mematri ego melangit sedangkan hakikatnya hati sendiri disengat resah. Bukan hanya satu hati yang merindu tetapi dua. Bukan hanya satu hati yang merasai sakit, tetapi dua. 

Ya. 
Dua hati. Kerana kita telah menjalinkan rasa dua hati. Kikiskan karat egois. Tidak kemana. Dua hati jua yang menderita. 

Sungguh.
Berikan ruang menemukan dua fahaman. Agar hilang serabut keliru. Keadaan itu tidak menguntungkan. Bahkan hanya menyakitkan. Jangan pernah lupa. Bukan lagi hanya satu hati malahan dua. 

Mencintai bemakna sedia memberi dan menerima. 
Aku sedang belajar berdikit-dikit biar payah. Harap kamu jua begitu. Belajar Menghilangkan egois. 

Tiada keghairahan yang membikin teruja dengan gelaran kekasih. Aku sedikit pun tidak mendamba. Sebaliknya, hanya jalinan suci yang mengikat aku dan kamu sehingga kita halal menyintai itu lebih bermakna. 

Berkali-kali kutitip pesanan buat kamu yang aku sayang.
Berdoalah. Jangan berhenti meminta pada Pemilik Cinta. Takdir kasih bukan mainan kita. Ia milikNYA. Maka, wajarlah meminta pada yang ada. Pada DIA. 

Yakinlah.
Semoga sahaja kurniaan Ilahi melimpahi dan merestui impian. Aku hanya mengharap gelaran terindah buat seorang wanita.

Pimpinlah aku sebagai isteri.
Jadi lah imam yang sedia aku taati didunia dan peneman saat melangkah ke Syurga.

~Aku mencintai kamu~12/ 08/ 2011

Wassalam.


Wednesday, August 10, 2011

KELIRU DALAM RINDU


Salam,



Aku termangu. Lama. mengintai kenangan yang pernah dicoretkan dari seorang teman. Rindu memalu seluruh urat saraf lantas bisa rindu itu terzahir dalam juraian airmata. 

Buntu.
Bagaimana harus ku atur langkah supaya rapi tersusun. Sayang dan cinta. Kedua nya berbeza. Namun kesan nya tidak jauh beza. Aku sedang merasakan nya kini.

Kedua nya aku mahu dan perlu.
Aku tamak! Aku mahu keduanya menjadi milik dalam dakapan. Takut sungguh andai kehilangan salah satu diantaranya.

Kedua-dua ikatan sayang dan perhubungan cinta yang aku simpulkan  sudah ku pohonkan terlebih dahulu restu bonda dan keluarga. Aku tidak mahu kehilangan salah satu nya. Biarkan terus kekal sebagai aku yang punya.

Tamak kah?
Iya. Aku tidak rela kehilangan salah satunya. Tidak. Aku tidak ingin melakukan pilihan. Keduanya aku kasih. 

Ikhlas dari hati. Aku benar-benar kasih. Maaf kan andai ada antara keduanya yang kesakitan lantaran sikap kurang cakna yang aku pamerkan. Aku berharap tidak langsung terlewat untuk aku memperbaiki kesilapan.

Egois dalam kelembutan. Itu sebenarnya sifatku. Kini aku tidak malu mengakui. Aku benar-benar kasih dan tidak rela kehilangan. 

Wassalam.


WALKING ALONE

Salam,

Andai tuli telinga, pinta nurani jangan buta hati. Mata mungkin terkabur tatkala melalui daerah yang mengasyikkan pandangan. Salahkah andai hasrat suci sekeping hati untuk menikmati keindahan? 

Jangan tertawa.
Aku benar-benar bertanya. Salahkah? Tidak pernah dinafikan punya ranjau disepanjang jalan yang menyakitkan anggota dan rasa. Terkadang melukakan. Sehingga terkesan pada zahirnya titisan darah merah dari luka yang terbentuk. 

Apa aku harus sahaja meninggalkan laluan ke daerah itu hanya kerana punya duri-duri dijalanan? Aku benar-benar bertanya.

~Mengharap punya sinar bahagia di hujung jalan
seperti sinarnya mentari di ufuk~
Sua kan dihadapan mata, andai benar ada laluan tanpa sebarang rintangan. janji itu masih di ikrar didalam hati. Andai laluan itu tiada penghujung lantas terus-terusan mengakibatkan kaki mengheret sarat nya derita, pasti akan ditinggalkan laluan itu. 

Bukan kayangan dambaan hati mahu mendirikan istana cinta. Tidak. Cukup sekadar sebuah daerah terpencil. Meski kecil, meski tiada yang mengasyikkan pandangan.

Izinkan lah laluan,ranjau dan daerah itu aku lalui terlebih dahulu. Pesanan itu, meski disimpan didalam uncang, ia tetap disimpan sebagai bekalan menghadapi saat-saat sukar. Sebagai penguat andai tiada lagi daya tatkala ada antara deria mahupun anggota yang terluka. 

Wassalam.

MAMA, PAPA, KLINIK & KERETAPI

Salam,

Mood: Santai ( Sila baca dengan mood yang serupa =) )

Mama: Papa, baby kita demam. Nak kena inject lagi ni. Jom la pegi klinik abang.
Papa: Mama da bawak kan bantalnya? Papa nak cari kereta dulu la. Mama pakaikan topi la baby nya.

Five second lepas dapat idea:

Diaorang panjat tangga and then........

Papa: ngenggggggggggg.... Mama cepat laa bawak baby nya. Kita naik keretapi.
( Tapi gaya dia pulas stereng ye semua. keretapi kah jika begitu? ) Tahan-tahan. Jangan gelak dulu. Sabar-sabar. Kalau tak nanti diaorang terperasan mereka sedang diperhatikan. Nanti terbantut kang skrip cereka pagi santai.

Mama & Papa. Ada2 je Najibah dengan Irfan ni =)

Mama: Abang, tengok ni Hanan kacau baby! Eiii.... Hanan ni.!
(Sambil tolak la budak tu yang baru nak join main papa mama. Padahal baby nya bantal je pon. Sabar ye Kenyek mak anjang. Nanti da besar sikit, boleh la join depa na.=) )

Comotnya anak aku! hanan2 =)
Aku da tak boleh tahan. Gelak sepuas-puasnya. Sabar je la. Imaginasi diaorang...

* Moral:

1) Kanak-kanak belajar dari sekeliling mereka. Sebab tu la pandai papa, mama, ber'abang' bagai. Siap nak pegi klinik la inject anak. =)

2) Parental knowledge kena ada. Jadi kita tahu mana nak on & off sikap dan perlakuan kita depan anak-anak. Mereka ni peng'copy' & paste terbaik. Acted generously and modesty infront of them. =)

3) Dunia kanak-kanak memang seronok. Mereka explore dunia dengan imaginasi. So, suka hati la nak buat apa. Kena marah, nangis. Tu je la. Lepas tu depa buat lagi. =)

4) Jangan sekat the beauty of their imagination. Let them enjoy their world but with our open eyes. Takut- takut ada yang merbahaya yang mereka buat. =)

Aduh! Mak anjang sayang kalian =)
P/s: Agak sedih sebab  tak dapat upload gambar sebenar kejadian Mama, Papa, Klinik & Keretapi. Memory hp mak ngah problem pulak.... =(

Wassalam.


Monday, August 8, 2011

SYURGA SEORANG ISTERI

Salam,

Wajib seorang wanita itu tahu dimana syurganya kelak saat sudah bergelar isteri. Sedih aku kenangkan bahkan takut andai menjadi wanita yang tidak menyerikan laman istana para suami mereka. Mereka mungkin terlupa syurga mereka dimana. 

Taatlah,
syurgamu wanita pada redha suami-suami kamu. Jangan pernah terlupa tentang itu. Pesan ini kutitipkan jua buat diri sendiri yang bakal begelar isteri suatu ketika nanti. Mohon agar tidak terlupa syurga ku nanti sudah berpindah milik. Redha sang suami wajib dijunjung tinggi. Jangan pernah berkelakuan seperti sifatnya wanita durjana yang sentiasa menderhaka. Kelak tiada terhidu hatta haruman syurga, apatah lagi menjedi penghuninya.

Buat mu wanita,
taatilah suami. Syurga kamu pada redha mereka. ALLAH kelak akan mengizinkan kamu melangkah kedalam syurganya dari mana-mana pintu yang kamu ingini. Syaratnya, taati ALLAH, taati ajaran Rasul, serta taatilah suami. Kemudian, pilihlah haluan mana yang kalian ingin kan menuju syurga yang ALLAH janjikan.

Buat mu suami,
pimpinlah isteri kalian dalam mengenal ALLAH dan  mencintai Rasul. Nescaya, kalian perolehi ketaatan mereka. Bersabarlah dalam memimpin isteri-isteri kalian. Sesungguhnya mereka berasal dari tulang rusuk kalian yang bengkok.Jika terlalu keras meluruskan mereka, pasti patah. Jika terlalu alpa dan bersahaja melentur mereka, pasti hanyut. Maka, bersederhanalah.

Andai kalian amati asal kejadian wanita, pasti kalian mengerti betapa wanita benara-benar perlukan perlindungan,didikan dan kasih sayang kalian. Rusuk kiri itu dekat dengan lengan untuk dilindungi, hampir dengan hati utuk dicintai.

Wanita. Fitrahnya indah. Sebagaimana sunyinya Nabi Adam tanpa Hawa. Begitu jua kalian wahai lelaki.  Sayangi dan cintailah kami.

- Belajarlah bersabar. Belajarlah percaya.
Andai benar-benar sayang. -
-

Wassalam.

Wednesday, August 3, 2011

INGIN KUPINJAM SATU BINTANG

Salam,

Cantik bintang nan bertaburan di dada langit menghiasi malam Ramadhan yang ke-2.

Sungguh.
Ada antara bintang yang bersinar, ada satu bintang itu yang menggamit mata mencerlung tanpa kerdip. Menarik. Ingin kupinjam bintang. Pada siapa? Boleh kah?

Ada aura nostalgia.
Kisah antara aku dan dia. Kisah rindu tidak berpenghujung. Kisah bintang yang pernah kami kongsikan dalam pandangan yang berbeza.

~Kak ya rindu abah~
P/s: Seorang teman berpesan, Kalau rindu abah, jaga diri dan jaga maruah. InsyaALLAH.

Wassalam.