Friday, December 23, 2011

CETEKNYA AKAL FIKIR MANUSIA

Salam,

aku mendengar momokan manusia yang cetek akal. Mengembar-gemburkan tanpa bertanya. Memomok-momokan tanpa usul periksa.  
~Ya, membaca itu sumber ilmu dan ia merupakan cabang ibadah~
 Kasihan manusia begini.

Manusia cetek akal. Rendah nilai budi dan pemurnian diri.

Bijaknya mencerca tanpa usul periksa.

Ilmu itu maha luas takrifan dan pencariannya.

ibadah itu juga berbilang caranya. Apa hanya berteleku disejadah itu sahaja yang dipanggil ibadah? Tidak.

~Mengajar dan belajar tentang perkara baru itu juga ilmu dan ibadah~
 Memasak itu ibadah. Bersenam itu ibadah. Berbincang perkara yang baik itu ibadah. Pendek kata, segala amalan manusia itu ibadah selagi mana tujuannya digantungkan untuk mencari redha ALLAH.

Andai tahajjud dan solat kalian itu disulami ujub pada diri, adakah pada perkiraan akal fikir kalian ia juga diterima disisi tuhan sebagai ibadah? Tidak.

Kasihan. Benar-benar kasihan dengan akal fikir manusia yang masih belum sempurna pencarian ilmu Siasah Syariah mereka, belum khatam ilmu agama meraka tetapi bijaknya berkata-kata. Ibarat Muallim gayanya.

Mudah-mudahan cahaya hikmah meyubur. 
Mudah-mudahan rentak segala ilmu itu diukur dengan ketinggian akal dan budi.
Mudah-mudahan kejumudan tidak membatasi diri. 

~Berbincang isu dunia itu juga ilmu dan ibadah~
 Buka mata. Buka hati. Buka minda. Kenali diri. Fahami nurani. Suburkan budaya menerima kepelbagaian ilmu. Alangkah indahnya Islam itu.

Wassalam.


Tuesday, December 20, 2011

BELAJAR

Salam,

~Latifah Rabbaniah yang tekun BELAJAR menjadi pendebat
Aku mahu melihat dia 'DEWASA'. ~
entry kali ini pelbagai makna. BELAJAR. Berbilang-bilang maksudnya. Apa proses mencerap bahan bacaan dari buku sahaja yang dipanggil BELAJAR? 

Oh. Sedikit tersilap pemahaman. 

Luas lagi takrifan nya. Sesuai dengan frasanya. Belajar. 

Belajar soal pengalaman hidup. Ini juga proses pembelajaran.
Belajar menuntut ilmu. Ya, ini sudah tentu proses pembelajaran.
Belajar memahami bahasa alam dan manusia. Tepat! Ini juga proses pembelajaran. 
Belajar mengenali isyarat tubuh dan hati. Ya. Ini juga adalah proses pembelajara.

Maka. BELAJAR itu bukan soal yang kecil. Ia mencakupi persoalan dan pencarian jawapan didalam ruang lingkup yang lebih besar.

BELAJAR lah selagi mampu. Selagi mahu. Selagi punya waktu. Selagi perlu. Dan selagi nafas masih dihela.


Noted: Sekarang saya sedang BELAJAR. Belajar ditinggal-tinggalkan. Belajar cemburu. Belajar memburu   waktu yang kian suntuk. Belajar menyayangi dengan hati yang ikhlas. Belajar mendengar kata. Dan belajar menurut dan mematuhi permintaan.

 
ya, SAYA SEDANG BELAJAR!

Wassalam.



PENGHARGAAN DARIPADA KAMI II

Salam,

19. Disember. 2011. Tersengguk-sengguk menghadap laptop. Hajat mahu siapkan Assingment Falak yang belum sudah. Jam menunjukkan angka 7.59 PM. Alunan tazkirah daripada surau berdekatan usai solat maghrib. Perlahan-lahan tidak kedengaran. Tidak Tahan. Mengantuk tahap tinggi. 

Katil memanggil. Upss! Belum mandi. Lepas ni lah. Rehat sekejap. 

Beep mesej masuk,

"kak ya ada kat bilik tak?"

Selepas reply kepada si penghantar. Campak hp. Nak tidur. Tolong laa. PLEASE! Mengantuk ni. (Pinta mata)

tokk! tokk!tokk! (pintu bilik diketuk 4/4/2) My sweet room. Siapakah?

"Masuk!". Laung dalam mamai. 

"kak ya!" Suara ramai menyapa.

Uish. Kenapakah? sesi ziarah beramai-ramai ke ni? Ya ALLAH! Melopong mulut. Apa kamu buat ni adik-adik?

Sebijik kek tersua dihadapan mata. Terkelu lidah. Buntang mata yang mengantuk. 

~Terima kasih adik-adik comittee penutup KAMI II ~
"tanda terima kasih sebab ajar kami sampai lah program KAMI selesai. Kalau kak ya tak ajar macam mana nak urus program penutup, mesti kita orang tak tahu nak buat apa"

Ya ALLAH! begitu sekali kalian menghargai. Terharu. Aku hanya berkongsi yang termampu. Pengalaman dan ilmu hak Tuhan. Wajib aku kongsikan. 

~9-16 Disember 2011~
~Ini antara mereka yang berguru dengan aku.
Sabar menunggu aku pulang dan taat menurut~

~Ahaaa... kak ya akan rahsia kan apa yang patut jadi rahsia=)~
~Begini aku sewaktu menjadi 'CIKGU'.
Tekun mereka ber9 duduk bersila menadah telinga mendengar penerangan=)~






Wassalam.



Sunday, December 18, 2011

UNTUK KALI INI

Salam,

selamat pagi dunia. Selamat pagi diri seorang hamba yang hina.

~Sabarlah. Belajar lah mendengar kata bonda~
Nekad. Ini iltizam cinta yang sudah aku nekadkan. Demi jaminan syurga hasil daripada nilai taat. Bibir itu tidak pernah menegah segala kemahuan semenjak aku mengenali minat dan kecintaan didalam dunia pengucapan awam.

Lama. Semenjak dari alam persekolahan sehingga kini.Buat kesekian kali dia juga tidak melarang keras. Lembut tuturnya. 

"Sudahlah dahulu. Sudah hampir berpenghujung ijazah"

Sebaris. Namun cukup untuk menghantar getar supaya ditaati. Benar-benar tersentak. Perkara ini tidak pernah disentuh. Tidak pernah sekali pun. Tetapi ia bangkit kini. Apa perlunya membantah. Aku sudah cukup ligat menurut akalku semenjak kecil. Apa sahaja mahu ku pasti dikejar tanpa bertanya. Itu aku. Dahulunya begitu. 

ALLAH sudah pulangkan kembali nurani untuk mentaati barangkali. Sudah sampai masanya. 

Menyambut hidayah Ilahi untuk taat. Demi syurga. Demi dia yang aku cintai. 

Akhirnya, bukan aku tidak cinta dunia itu. Namun ia sementara. Maka, aku perlu nekad. Demi cinta yang lebih harus aku taati.

Sakit berpisah ini sementara. Andai aku bijak mengatur emosi dan nafsu.

~Demi ALLAH, aku akan rindu tetapi apakan daya.......~
Wassalam.


Monday, December 5, 2011

PENGHARGAAN BUAT YANG TERSAYANG

Salam,


Debat Piala Naib Canselor melabuhkan tirainya pada 3 Disember 2011 yang lalu. Jutaan terima kasih bagi yang membantu krew dan pengurusan DePNC kali ke-4 tahun ini. 

krew DePNC 2011 yang komited
Kali ini, mylittleheart mahu mendedikasikan ruangan buat yang tersayang diatas komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung mahupun sebelumnya. 

Terima kasih. Sebenarnya setiap dari sudut ketika DePNC yang aku jayakan kali ini ada usaha kamu. Dari sekecil-kecil piala yang kini sudah pun ditangan pendebat sehingga lah sebesar acara dimalam penutup. Semuanya ada bantuan daripada kamu.

Terima kasih kerana sudi menemani aku menempah segala kelengkapan majlis.

Terima kasih kerana belajar menghormati waktu sibuk aku.

Terima kasih kerana sudi diarah dan dikerah tenaga untuk menjayakan misi dan kehendak program yang aku kendalikan sekalipun diawal pagi mahupun didalam terik mentari.

Latihan raptai majlis penutup
oleh KOR Askar Wataniah yang sentiasa bersedia menerima apa jau arahan
dari orgenizer DePNC 2011
Terima kasih kerana bersedia mengasingkan antara peribadi dan urusan profesional meskipun masing-masing berada disuatu tempat yang sama dan hanya mampu saling mengerling dari jauh. 


Dan akhir sekali, maafkan segala salah dan silap yang aku lakukan sehingga membuatkan kamu merasa tersinggung dengan segala tingkah laku aku. 

Aku sedar ia perkara yang tidak kamu senangi. Namun aku hanya ketahui natijah keadaan tersebut seusai aku sudahkan kerja. Maafkan aku. Alasan biasa. Aku manusia normal yang tidak terlepas dari kekhilafan. 

Maaf dan terima kasih sekali lagi mr.dearie yang disayangi.


Lot of love,
miss dearie

Wassalam.