Sunday, December 18, 2011

UNTUK KALI INI

Salam,

selamat pagi dunia. Selamat pagi diri seorang hamba yang hina.

~Sabarlah. Belajar lah mendengar kata bonda~
Nekad. Ini iltizam cinta yang sudah aku nekadkan. Demi jaminan syurga hasil daripada nilai taat. Bibir itu tidak pernah menegah segala kemahuan semenjak aku mengenali minat dan kecintaan didalam dunia pengucapan awam.

Lama. Semenjak dari alam persekolahan sehingga kini.Buat kesekian kali dia juga tidak melarang keras. Lembut tuturnya. 

"Sudahlah dahulu. Sudah hampir berpenghujung ijazah"

Sebaris. Namun cukup untuk menghantar getar supaya ditaati. Benar-benar tersentak. Perkara ini tidak pernah disentuh. Tidak pernah sekali pun. Tetapi ia bangkit kini. Apa perlunya membantah. Aku sudah cukup ligat menurut akalku semenjak kecil. Apa sahaja mahu ku pasti dikejar tanpa bertanya. Itu aku. Dahulunya begitu. 

ALLAH sudah pulangkan kembali nurani untuk mentaati barangkali. Sudah sampai masanya. 

Menyambut hidayah Ilahi untuk taat. Demi syurga. Demi dia yang aku cintai. 

Akhirnya, bukan aku tidak cinta dunia itu. Namun ia sementara. Maka, aku perlu nekad. Demi cinta yang lebih harus aku taati.

Sakit berpisah ini sementara. Andai aku bijak mengatur emosi dan nafsu.

~Demi ALLAH, aku akan rindu tetapi apakan daya.......~
Wassalam.


No comments:

Post a Comment