Salam,
~Latifah Rabbaniah yang tekun BELAJAR menjadi pendebat Aku mahu melihat dia 'DEWASA'. ~ |
entry kali ini pelbagai makna. BELAJAR. Berbilang-bilang maksudnya. Apa proses mencerap bahan bacaan dari buku sahaja yang dipanggil BELAJAR?
Oh. Sedikit tersilap pemahaman.
Luas lagi takrifan nya. Sesuai dengan frasanya. Belajar.
Belajar soal pengalaman hidup. Ini juga proses pembelajaran.
Belajar menuntut ilmu. Ya, ini sudah tentu proses pembelajaran.
Belajar memahami bahasa alam dan manusia. Tepat! Ini juga proses pembelajaran.
Belajar mengenali isyarat tubuh dan hati. Ya. Ini juga adalah proses pembelajara.
Maka. BELAJAR itu bukan soal yang kecil. Ia mencakupi persoalan dan pencarian jawapan didalam ruang lingkup yang lebih besar.
BELAJAR lah selagi mampu. Selagi mahu. Selagi punya waktu. Selagi perlu. Dan selagi nafas masih dihela.
Noted: Sekarang saya sedang BELAJAR. Belajar ditinggal-tinggalkan. Belajar cemburu. Belajar memburu waktu yang kian suntuk. Belajar menyayangi dengan hati yang ikhlas. Belajar mendengar kata. Dan belajar menurut dan mematuhi permintaan.
ya, SAYA SEDANG BELAJAR!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment