Saturday, February 25, 2012

ISTIMEWA

Salam,

Seutas jam tangan Casio. Dia sememangnya penuh dengan kejutan. Reaksinya bila kekasih hati bercerita kesedihan gagal dikesan. Tetapi dia menyimpan setiap bait kata-kata jauh disudut hatinya. 

Aku mencintai kamu. Seadanya kamu.

Jelas,  bukan kerana harta. Ini wajib kamu tahu.

~Rado tiruan yang terputus  berganti Casio yang original
Itu bukan yang saya mahu. Cukup hanya sayang seadanya~



"Abang tahu yang abang bagi tak sama macam yang awak punya, tapi abang harap awak terima seadanya."

Jangan marah bila saya menjadi gadis paling cengeng. Mudah mengalir air mata. 

Mukhlisahminnie: 24 februari 2012.

Dia pulang kesini tanpa pengetahuan aku. Perasaan yang hadir sedikit ganjil. Gembira bercampur sayu. Mengapa begitu? Aku tiada jawapan.

Wassalam.


2 comments:

  1. dia ingin buat kejutan padamu..... namun sebagai sahabat baiknya..... aku mengetahui setiap moment perjalanannya kerana gerak hatiku ingin bertanya khabar tntg dia sehari sebelum perjalanannya.....

    dia juga tidak ingin dirimu berasa risau sepanjang detik perjalanannya..... hanya doa dan kasih sayangmu sebagai kekasih hatinya dan doaku sebagai seorang sahabatnya cukup untuk dirinya dilindungi Yang Maha Esa di sepanjang perjalanannya.....

    aku tahu apa yang kamu rasa..namun ketahui dan mengertilah dia ada sebab sebagai seorang 'lelaki' untuk merahsiakan perjalanannya pulang kembali ke sini.... dan hanya 'lelaki' yang memahami maksud tersirat di setiap perbuatan seoarang lelaki yang lain......

    cerialah teman dan sahabatku untuk meraikan kepulangannya selamat sampai untuk meneruskan sisa perjuangan.....

    ReplyDelete
  2. Yaya paham.. cume bila mula-mula nmpk dy,.. hati sket sebak..
    terkejot..
    terfikir2..lelaki sukar difahami kn?

    ReplyDelete