Salam,
tersurat jaminan Tuhan. Jelas dicatat dalam kalam suci. Janji ketaatan isteri itu imbalannya syurga. Mereka bebas memilih laluan yang mana untuk menghuni syurga Tuhan.
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya
menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu kelebihan daripada isterinya, dan Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.”
(Al-Baqarah : 228)
“Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia, melainkan
pasangan suaminya dari bidadari di syurga akan menyatakan, "jangan kau
sakiti dia, semoga Allah memerangimu (kata celaan), kerana dia berada
disisimu sebagai pendatang sementara yang hampir saja dia memisahkan
diri darimu dan datang kepada kami (bidadari syurga)”
(HR Tarmidzi dan Ibnu Hibban), dihasankan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.
Dalam Hadith Bibi Husain, “Aku datang kepada Rasulullah Shalallahu
alaihi wassalam pada kerana ada keperluan. Rasulullah bertanya, "apakah
engkau mempunyai suami ?", wanita itu menjawab “Iya”. Rasulullah bertanya,
“Bagaimana keadaanmu terhadapnya ?”, “Aku selalu metaatinya dan
melayaninya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu melakukannya”,
“Maka lihatlah dimana tempatmu di sisinya, kerana sesungguhnya
suamimu adalah syurgamu dan nerakamu”
(HR An-Nasai, Imam Akhmad). Dinyatakan bersanak jayid oleh Syaikh Al-Albani menukil pernyataan An-Nasa'i dan Imam Ahmad.
Wanita. Kalian mulia disisi Tuhan. Tanggungjawab kalian terhadap suami bukan bebanan sebaliknya kurniaan diatas keistimewaan ciptaan kalian. Lembut namun kental dan tabah hakikatnya. Percayalah. Gelaran suci sebagai ISTERI itu amanah terindah. Syurga gantinya atas nilai ketaatan kalian.
Semoga ALLAH merahmati sekalian isteri-isteri yang mentaati suaminya. Wallahualam.
Mukhlisahminnie: Ini sebenarnya dedikasi buat bonda. Biar bonda tidak membaca. Aku mengagumi ketaatan ma terhadap abah. Tulus.Selepas 34 tahun mereka melayari rumahtangga, hanya seminggu hayat abah berbaki sebelum meninggalkan ma buat selama-lamanya abah melafazkan,
"ma ni sebahagian daripada abah. Menyakitkan ma sama seperti sakitkan abah"
MasyaALLAH. Lafaz keramat itu hanya selepas 34 tahun bersama. Syahdu. Setiap kali rindu abah, ma pasti mengulang sebut kata-kata akhir itu. Semoga bonda ku dikasihi ALLAH.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment