Salam,
Momen manis 19 Jun 2012.
Kalian kenangan manis untuk diingati. Semoga selalu ada di dalam doa.
|
Semoga ia menjadi kenangan yang tersemat di dalam ingatan aku dan kalian semua.
Jujur, kita pernah saling merasakan perasaan tidak berpuas hati. Merasa iri hati. Merasa tersinggung. Merasa apa perlunya dia atau siapa-siapa ini dalam hidup aku. Merasa betapa bencinya bila terpandang muka. Bahkan merasakan kasih sayang sesama kita yang kian tersemat.
Ini perasaan biasa manusia normal. Aku, kamu, kita.
Diakhirnya, barulah kita menyedari mengapa perlunya mereka ini di dalam hidup. Mengapa ALLAH hantar mereka untuk menyakitkan hati kita, untuk membuat kita merasa marah, membuat kita merasa terluka dengan tindakan mereka, membuat kita tertumpah rasa sayang dan kasih.
Kerana diantara kita ini sebenarnya merupakan warna-warna yang pelbagai yang ALLAH sediakan untuk mewarnai latar kanvas hidup. Masing-masing punya peranan tersendiri untuk mewarnai setiap inci ruang yang ALLAH sediakan dan yang telah diaturkan. Berperanan untuk kita saling mencipta momen sebelum kaki melangkah ke fasa seterusnya.
Hidup ini kan indah. kerana itu ALLAH menghadiahi kita dengan mereka yang pelbagai ragam dan cara. Untuk mengajar kita supaya saling mengenali watak manusia.
Ingatkan firman Tuhan,
"Dan Aku utuskan kamu dari pelbagai bangsa supaya kamu saling berkenal-kenalan"
Terima kasih semua kerana mengajar aku erti hidup. mewarnakan hari-hari yang aku lalui dan menukar wajahnya dari muram kepada ceria, dari ketawa kepada menangis, dari bahagia bertukar sakit, dan dari perit mengecapi semula bahagia.
Ini hidup. Sentiasa Berubah fasa. Semoga aku, kamu dan kita semua berupaya untuk mengekalkan ukhwah ini.
mukhlisahminnie:
6 semester, singkat rupanya masa yang tersedia. pantas masa berlari. Terima kasih untuk semua situasi yang kalian hadiahkan buat diri ini. Terima kasih paling polos dan tulus dari hamba Tuhan yang hina ini. Maafkan segala salah dan silap. Halal kan apa yang pernah kita kongsikan.
Wassalam.