salam,
Secomel sekeping gambar. Ya Allah! Kalau Nurul Ain masih ingat betapa saat walimahnya aku hadir dengan rasa yang bagaimana.
Tidak sama saat hari aku menghantarnya pulang dirisik orang. Andailah dia tahu.
Manis!
Rindu!
Thursday, May 19, 2016
SEPANTAS MASA
Salam,
16 Mei 2014- 16 Mei 2016.
Semoga setiap dari tindakan kita bernilai ibadah. Semoga rumahtangga yang terbina diatas redha Allah hendaknya. Aamiin!
Wassalam.
Ada lantunan kuat di dalam hati. Kadang ia tertawa, kadang hati yang sama menangis. Alhamdulillah, 2 tahun yang pantas berlalu. mengingatkan setiap dari kita bahawa benarlah,
"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan
beramal dengan kesabaran. "
16 Mei 2014- 16 Mei 2016.
Semoga setiap dari tindakan kita bernilai ibadah. Semoga rumahtangga yang terbina diatas redha Allah hendaknya. Aamiin!
![]() |
| hanya kita yang tahu rahsianya. |
Wassalam.
Monday, January 25, 2016
IMPIAN
Salam,
Saat selepas walimah lagi kami berdua memasang impian. Impian manis itu kami satukan agar matlamatnya serupa.
syurga kecil itu tidak semestinya mewah namun cukup menjadi ruang untuk mendidik anak yang nanti akan lahir.
Notahati :
Perkara yang paling mahal namun percuma adalah impian. Semoga impian ini tertunai. Aamiin!
wassalam.
Saat selepas walimah lagi kami berdua memasang impian. Impian manis itu kami satukan agar matlamatnya serupa.
syurga kecil itu tidak semestinya mewah namun cukup menjadi ruang untuk mendidik anak yang nanti akan lahir.
Notahati :
Perkara yang paling mahal namun percuma adalah impian. Semoga impian ini tertunai. Aamiin!
wassalam.
Monday, January 18, 2016
SEMANIS MUHAMMAD
Salam.
Setiap kali memandang, setiap kali itulah teringat. Sungguh! Hadiah sebegini bukan sahaja memberitahu soal masa, sebaliknya mengingatkan siapa yang memberinya.
" Jam dah habis bateri. its so bad when i need to asked people around!"
Diam sahaja sambil dia tenang memandu. Entahkan endah entahkan tidak .
16 Januari 2016.
MeM. Terima kasih Muhammad.
notahati : Yang indah itu bukan saat kamu memberi materialistik. ia saat kamu mendengar dengan penuh pengertian dan memaknakan melalui tindakan. Semoga kamu selalu disayangi Tuhan.
Wassalam.
Wednesday, October 28, 2015
KISAH CINTA 3 : OH IBU MERTUAKU
Salam,
Sepanjang memandu kereta ke sekolah terasa untuk berkongsi cerita. Tuhan beri ilham. Kisah ibu mertua yang pelbagai versi.
Sungguh. Sukar untuk mana-mana wanita mengasihi wanita yang di panggil ibu mertua ini bila kita meletakkan sempadan.
Dia hanya ibu mertua!
Kisah ini tercetus bila aku membanding beza kisah teman- teman tentang cerita berumahtangga mereka.
Ada yang cerita, mertua selalu membeza-bezakan menantu.
Ada yang cerita, semua mertua nak control termasuk suami mereka.
Ada yang cerita, masak apa pun tak pernah sedap, tak pernah betul pada deria rasa mertua.
Ada yang cerita, kadang-kadang mertua yang atur pakaian suami mereka termasuk anak mereka!
Uishh! Seram
Tuhan itu sangat adil. Mungkin berkat bonda yang melahirkan aku sentiasa menanamkan rasa optimis untuk sayangkan mertua seperti ibu bapa sendiri menjadikan aku boleh walau tidak sepenuhnya menumbuhkan rasa kasih sayang kepada ibu dan ayahnya.
Kadang-kadang lidah aku tersasul memanggil ayah sebagai abah. Rindu barangkali pada yng sudah pergi. Alhamdulillah, Allah menggantikan.
Kisah ini sudah meleret! Sebenarnya aku ingin ceritakan tentang seorang wanita besi. Iya, dia mertuaku.
Aku teringin untuk memeluk dia ketika dia menangis kesedihan sama seperti yang biasa aku lakukan pada bonda. Tidak pernah berjaya.
Aku teringin mahu pimpin tangannya saat berjalan di laluan yang sukar. Sama seperti yang biasa anaknya lakukan kepada bonda. Tidak pernah berjaya.
Ibu keras dalam lembut. Mungkin kerana dia wanita bekerjaya. Mungkin pengalaman hidup yang survival membentuk dia yang hari ini. Aku tidak boleh membezakannya dengan bonda yang lembut dan manja.
Pengalaman hidup dua wanita ini berbeza. Bonda hanya menurut pekerjaan abah. Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni. Justeru, untuk aku menetapkan cara layanan ke atas dua wanita ini berbeza.
Namun, aku boleh merumuskan kepada satu hujah yang mudah. Pengalaman hidup membezakan cara.
Aku sangat berterima kasih Tuhan. Kalau tidak kerana jasa seorang wanita ini melahirkan, menyusukan dn membesarkan dengan didikan yang baik ke atas suami yang aku nikahi hari ini, masakan dapat aku meminjam seorang lelaki yang baik dai ibunya.
Keras atau lembut, itu bukan persoalan. Kerana yang utama, mereka berjaya mendidik anak sebaiknya.
Seperti aku terhutang budi pada bonda, sama itulah aku berhutang dengan ibunya. Melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik sehingga dia menjadi lelaki yang pandai menghormati wanita.
Terima kasih ibu.
Saya tidak mahu menjadi perampas kasih sayang. Tetapi saya hadir untuk bersama-sama membentuk silaturrahim dan kasih sayang. Semoga!
mukhlisahminnie:
Tips menambat hati mertua dari bonda :
Kahwini suami dan sayang seluruh keluarganya.
Wassalam.
Wednesday, January 21, 2015
KISAH CINTA 2
Salam,
Bersawang blog kesayangan hamba ini.
Rindu untuk menaip semakin sirna dek kesibukan bekerjaya saat ini. Tiba-tiba rindu datang menjenguk. Ada kisah. Ada cerita untuk dikongsi disini.
Kisah Cinta 2.
Sahabat, cerita orang berumahtangga sesungguhnya sebuah komitmen yang sangat tinggi. Kalau kesabaran tidak sama meninggi, percayalah syaitan lah yang paling menari. Menginjak-injak emosi.
Nauzubillah.
Jauhilah rasa ingin berpisah. Istigfar selalu melatih hati supaya bersabar. Cinta halal wajib dirai. Wajib dijaga sehingga ke syurga.
Wassalam.
Labels:
CATATAN HATI
Monday, June 16, 2014
KISAH CINTA 1
Salam,
Lama tidak terintai laman blog sendiri. Usai solat asar, melihat tenangnya wajah kesayangan di dalam lenanya yang dibungkus kepenatan memandu. Masakan tidak. Bukan sehari. Bukan dua hari memandu tanpa henti menjelajah negeri ke negeri. Sudah hampir seminggu! Itu suami saya.
Makanya seusai solat, aku merenung kasih padanya. Mudah-mudahan aku sudah bank in pahala percuma dengan memandang wajah suami. Tanpa sedar jua, aku mengira masa yang sudah tertinggal. Sudah 25 hari aku sebagai isterinya. Terus otak memikirkan, pasti sejak itu aku sudah menjadi aset syurga dn nerakanya. Perlahan aku goncang tubuh letihnya.
"Abang, abang redha tak pada saya?"
Dalam mamai, dia menjawab lesu.
"Abang mengantuk. Kenapa tanya macam tu?"
Matanya tidak terbuka. Sekadar menjawab sahaja. Aku ulang kembali soalan yang sama. Selagi belum mendapat jawapannya, selagi itu ada riak resah.
Sekali lagi aku tepuk perlahan bahunya dengan marhana yang masih kupakai kerana aku ingin menjaga wudhu' sekalian solat jama' maghrib nanti. Masih sama, cuma kali ini matanya dibuka. Aku masih menunggu sesuatu yang memuaskan dada. Bila sahaja terpandangkan anggukannya diiringi jawapan,
"Iya...."
Biar sepatah. Cukup untuk membuatkan aku tersenyum senang. Lega. Allahu Rabbi. Ini magiknya bersatu dalam halal. Alhamdulillah!
Terimbau aku kenangan bagaimana kami bermula sehingga dia mengucapkan lafaz sakinah yang mengikat aku sebagai suri hidupnya. Malu aku untuk mengaku suri, sebab aku terlalu banyak cacatnya. Pertemuan paling jengkel. Paling! Namun kini, bila kupandang wajahnya, aku akan tertawa. Ini lelaki yang aku benci. Ini juga lelaki yang aku cinta. Hebat kuasa Allah! Subhanallah.
Nanti aku cerita bagaimana kebencian itu bermula. Panjang ceritanya. Mungkin ada ibrah untuk adik-adik atau sesiapa sahaja yang sudi singgah kemari. Di ruangan "hatikecilsaya".
InsyaAllah.
![]() |
| Lafaz Ta'lik Semoga Allah redha |
Mukhlisahminnie :
Harus berhenti menaip. Azan sudah berkumandang.
Wassalam.
Friday, January 10, 2014
KISAH ALAM PERKAHWINAN (TIDAK SEMANIS MIMPI)
Salam,
Aku suka mendengar segala cerita alam berumahtangga. Suka. Bila siapa sahaja yang bercerita, aku akan khusuk mendengar.
Yang paling penting, aku input maklumat itu sebagai pelajaran hidup. Perkahwinan itu tidak selalu manis.
KISAH 1
Kalau lihat kak Nurul (nama singkatan) kita akan sangka hidupnya senang. Dia seorang yang pemurah. Suka ketawa. Punya anak-anak yang comel, suami yang berkerjaya bagus, pasti kita akan berfikiran dia bahagia. Rupanya dia ada kisah awal perkahwinan yang tragis. Suaminya seorang pengurus. Dipecat kerja kerana fitnah. Kehidupan yang bermula dengan pendapatan 6-7k berubah kepada zero. Mereka survive dgn penuh derita. Makan sekadar alas perut dengan roti. pampers anak ikat dengan kain kemudian aas dengan plastik. Berkat sabarnya seorang isteri, mereka berjaya mengharungi detik genting itu. Hidup kembali normal. Itu kuasa Tuhan. Alhamdulillah.
KISAH 2
Kami pernah duduk serumah. Ia, aku pernah berasa berang padanya, namun sudah aku maafkan segala kesilapan. Aku pandang diri sendiri. mungkin aku punya salah juga. Kisah kak Ti juga sebagai kenangan dan pelajaran untuk aku. Dia pernah hidup senang. Bekerjaya hebat sebagai pegawai tentera. Begitu juga suaminya. Namun ini hakikat berumahtangga. Tidak selalu roda di atas. Bila ia menjunam ke dasar paling bawah, antara 2 sahaja hakikat akal yang boleh di fikirkan. Bercerai atau bertahan dengan kesabaran dalam perkahwinan. Di saat si isteri meletakkan jawatan sebagai pegawai, suami di kenakan orang sehingga berkahwin lain. Sudahlah tidak punya kewangan yang stabil, suami berkahwin lain, keretanya eksiden dipandu adiknya. Sayangnya si adik tidak mahu bertanggungjawab setelah menerima pampasan insurans. Keadaan yang bertimpa itu tidak berhenti setakat itu. Nama kak ti di senarai hitam oleh Bank Negara. Hidupnya baru bermula merangkak cerah. Aku mendoakan dia menemui jalan keluar dari kemelut hidup.
KISAH 3
Setelah aku sampai ke negeri lagenda Hang Tuah ini, dia yang pertama aku temui. Tuturnya perlahan. Mudah mesra. Siapa sangka mak cik ina juga di uji Tuhan setelah 25 tahun berkahwin. Di saat seharusnya perkahwinan yang sudah mencapai usia matang itu sepatutnya sudah berada di tahap stabil. Namun tidak untuk mereka. Beberapa tahun lepas, suaminya tiba-tiba di buang kerja. Ceritanya, bagai mahu pecah dada menerima keadaan tersebut. dalam keadaan anak perempuan mereka baru memulakan pengajian di kolej swasta. Mana duit mahu di cari. Mak cik ina tidak pernah berkerja sepanjang hidupnya sebagai isteri. Namun akhirnya, demi menstabilkan hidup, melihat suami yang masih kebingungan, dia melangkah kuat dengan keazaman seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahayamata untuk bekerja. Hidup seharian diteruskan dengan makan cili dan ikan bilis selama bertahun. Ceritanya, mengalir airmatanya bila menerima gaji kali pertama di bayar RM 679. Itu pun kata mak cik ina terlalu banyak untuknya kerana tidak pernah memegang pendapatan sendiri sebanyak itu. Aku tergamam seketika. Di usia 54 tahun, itu kali pertama memegang duit 600 sedangkan di dalam hati aku sudah berkira-kira tetnag sedikitnya duit 600 untuk aku bahagikan. Itu tanda aku yang kurang bersyukur. Cepat Tuhan tegur. Alhamdulillah.
KISAH HATI AKU
Iya, sebenarnya lebih dari 3 cerita yang aku dengar. Namun setakat itu yng mampu aku kongsikan. Hati aku terus merumus kekuatan jiwa aku sendiri. Jujur aku tidak mampu berseorangan nanti tanpa suami disisi. Maka, aku ingin nyatakan, seandainya nanti kami menikah, aku tidak rela ditinggal sendiri berjauhan. Walaupun dahulu aku yang berkeras, tidak kisah berjauhan yang penting sama-sama menjaga kerjaya. Mungkin dia pernah berkecil hati kerana dia tidak mahu berpisah selepas berkahwin. Padanya rezeki di mana pun ada. Sekarang aku bersetuju dengan dia. Kerjaya boleh di bina dimana-mana asal ada kemahuan. Rezeki ALLAH itu tidak terbatas ruang dan tempat, namun suami tiada dua mahupun tiga. Biar lah susah payah sama di rasa berdua.
mukhlisahinnie:
Tinggal beberapa hari lagi sebelum berdua. InsyaALLAH segala tarikh penting dalam hidup kami berdua benar-benar diraikan berdua secara halal. Mohon doanya.
![]() |
Persiapan sebenar adalah persiapan sebagai IsteriBukan semata-mata perihal majlis |
Wassalam.
Saturday, December 14, 2013
MANIS 14 DISEMBER 2013
Salam,
Ukhwah itu indah. Sungguh-sungguh jika ia di maknakan dengan hati yang tulus. Manis 14 Disember. Masakan tidak. Kami bertemu setelah 7 tahun membawa haluan masing-masing sehingga sudah punya cerita hidup tersendiri.
Maahad Pontian itu titik bermula dan di sana juga kami berpisah mencari hidup yang di atur Tuhan. Syukur, itu bukan penamat. Hari ini kami bertemu.
Mungkin panorama pegun boleh bantu aku bercerita betapa girangnya hati bertemu semula kalian hari ini. Sungguh, aku menghargai manis 14 Disember 2013.
![]() |
| Kami raikan pengantin yang sudah sarat 8 bulan Comel kan? |
![]() |
| Penantian dan kisah kesabaran ucu menunggu "NU'MAN MARZUQ nya" Its touch my heart. So touched. |
![]() |
| Jangan lupa gather bila tiba turn saya, kawan! Kalau lupa, tak nak kawan. Huhu. |
![]() |
| Manis 14 Disember 2013 dalam kenangan. Mungkin 14 Disember 2015, saya pula jemput kalian untuk Aqiqah kami. Siapa tahu kan? Jangan gelak! Itu impian manis =)
Wassalam.
|
Wednesday, December 4, 2013
CATATAN RINGKAS 18
Salam,
Rezeki itu milik ALLAH.
ALLAHU RABBI. Terima kasih. KataMU, jangan pernah meragui soal rezeki. Jangan!
Amalkan supaya dimurahkan rezeki kalian. Beramal lah dan percaya pada DIA.
Secebis ingatan buat diri ini jua yang sering terlupa letak duduk Tuhan.
mukhlisahminnie:
Rezeki buat yang ingin menikah. Jangan takut. ALLAH tambah. Sabarlah. Tawakkal lah. Alhamdulillah
Wassalam.
Rezeki itu milik ALLAH.
ALLAHU RABBI. Terima kasih. KataMU, jangan pernah meragui soal rezeki. Jangan!
| Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis - | ||||
| Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris Tafsiran Abdullah Yusuf Ali | ||||
| Truly such will be Our Bounty (to you) it will never fail - | ||||
Amalkan supaya dimurahkan rezeki kalian. Beramal lah dan percaya pada DIA.
Secebis ingatan buat diri ini jua yang sering terlupa letak duduk Tuhan.
mukhlisahminnie:
Rezeki buat yang ingin menikah. Jangan takut. ALLAH tambah. Sabarlah. Tawakkal lah. Alhamdulillah
Wassalam.
Monday, November 25, 2013
CATATAN RINGKAS 13
Salam,
Kami pernah sama-sama meredah pekat malam pulang dari kerja. Kami pernah bercerita tentang bintang cantik berkerlipan di langit.
Dia pernah bersoal jawab, kenapa cahaya bulan bila terkena pokok kelapa sawit, akan menimbulkan bayang-bayang yang epic?
Padahal saya sudah takut pandang. Macam ada bayang-bayang figura lain dalam kepala.
Kami sama-sama berhenti kerja gara-gara dia masih hingusan untuk membezakan duit palsu atau betul.
Dia lurus dan naif. Budak baik kan. Kadang-kadang ada bagusnya jadi jahat dan nakal. Otak ligat!
![]() |
| Kami pernah bekerja di sini, Di Shell Parit Sulong itu lah tempat kami berdua. Aim sebagai pump attendent, kak ya sebagai cashier. |
Sebenarnya saya mahu catat ringkas. Tapi,... tanpa sedar sudah berjela
Sebenarnya saya hanya mahu kata rindu. Itu sahaja. Semoga kamu di sayang Tuhan adikku Rahim Ghozi.
Terima kasih selalu bantu kak ya.
mukhlisahminnie:
Walaupun kamu Diploma holder, kak ya Degree holder, kamu lebih banyak membantu. Bahkan pernah biaya kos sara hidup waktu kak ya berpraktikal dulu di Kementerian Pertahanan. Degree atau Diploma, bukan ukuran siapa boleh bantu siapa.
Terima kasih untuk ingatan baik sepanjang kita bersama. Semoga kamu tidak tersasar dalam memilih jalan hidup. Semoga pilihan kamu selalu baik wahai adikku.
Semoga.....
Semoga.....
Wassalam.
Saturday, November 9, 2013
KUDRAT
Salam,
Kalau orang memandang pun sudah terasa menyusahkan, apatah lagi bahu sendiri yang memikul?
Jujur,
kadang-kadang pertimbangan akal itu tipis, maka sabar dan percaya Tuhan ada itu lah ubatnya. Supaya segar semula. Supaya bergerak dan bangun semula.
Ehh! Apa kau fikir mudah menongkat arus payah dengan kudrat seorang wanita????
Kerana kudrat itu pemberian Tuhan lah maka aku masih bergerak. Menapak perlahan-lahan meski sudah terasa lumpuh. Dahan yang mahu dipaut pun tidak kukuh. Hati yang getar redhanya pun sudah rapuh.
Ehh! Apa kau fikir senang menanggung semua ini???
Tuhan, sesungguhnya benar kataMU. Cintai lah Engkau lebih dari segala-galanya kerana Engkau lebih tahu. Lebih kasih. Segala-galanya yang lebih.
Terima kasih ALLAH untuk semua masalah yang mengajar aku KUAT walau penat.
Wassalam.
Tuesday, October 29, 2013
INBOX : MESEJ KE-65
Salam,
"Need me for?"
"Untuk melengkapkan hidup saya. Untuk menjadi isteri saya yang taat & solehah. Untuk menjadi teman hidup saya. Untuk melahirkan & menjaga zuriat saya. Untuk hidup bersama saya suka & duka. Untuk menjadi semangat & pendorong saya. Untuk menjadi penasihat saya. Untuk menguruskan makan, minum, pakaian, & keperluan saya. Untuk teman saya sampai ke syurga.
Saya mahu kamu, insyaALLAH"
![]() |
| Counting the days We wish for the better day, Aamiin. |
Iya, sekeping mesej terselit di peti pesanan ringkas semalam. Bukan sekeping nota kerana dia tidak mahir berbasa-basi di nota apatah lagi mengarang panjang di helaian.
mukhlisahminnie:
Ada keliru dalam mengatur hari meraikan cinta halal. Soal tarikh itu kerjaMU Tuhanku. Kami berserah.
RABBI YASSIR WA LAA TUASSIR YA RABB. Aamiin.
Wassalam.
Thursday, October 24, 2013
UJIAN SI PENGUJI
Salam,
terhenti idea menekan aksara di keyboard. Sebenarnya hati sudah meracau-racau mahu menulis. Sepintas, lagu "tuai padi" nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar mencuri pendengaran.
Ini gara-gara teman sepejabat. Dia tegar mendengar retro.
Jadi, semerta idea yang menimbun hilang. ilham itu kan milik ALLAH.
mukhlisahminnie:
* Tajuk sudah tidak bertepatan kerana yang hendak diluah sudah terbantut! Sebagai kenangan tajuk diatas.
Wassalam.
Friday, October 18, 2013
I HAVE A DREAM
Salam,
friday. May ALLAH bless us.
Every women has their own wedding dream including me. But, my most dream i ever image in my mind when i was a little girl is wearing gown just like fairytales story.
When i was a young teen, i dream nothing except giving my all to be succeed in academic field.
But now.... I am young lady. I admit it since my dearie told me to remember it always. I kept that words when he whispered me on that night. At twelve's o'clock, 17th July 2012. I was a young lady and i admit it just when i was 23 years old. Its not funny! Seriously i never ever think i am a young lady. I always said that,
" I am NOT a little girl but I also NOT a women!"
Just when he remind me to do so. That was wonderful time i ever felt. Slowly comes to me wonderful feeling.
" Yes, i am a young lady! my action must be not so childish and........ I can't ever be so selfish"
Dear me... Now, i still dreaming. Not my little girl hood dream's wedding.
I just dream to be His ma'mum after solemnization. We pray together. He hold my head, whisper me du'a.
I have only that dream. My real wedding's dream. No more fairytale just when i was a little girl.
Its because i already a real lady now. Yes, Lady. Lady. Lady. Dreaming as a lady.
Bless me ALLAH. My du'a this friday. Aamiin.
Wassalam.
Friday, October 4, 2013
CATATAN KASIH
Salam,
Jumaat penghulu sekelian hari. Jumaat penuh barakah. Dan jumaat ini dilimpahi maghfirah.
Bersempena jumaat ini jua, menurut kalender masihi, ia bertarikh 4 Oktober 2013.
Kalender Hijrah 29 Zulqaedah 1434 Hijrah.
semoga dirimu disayang Tuhan. kak ya dan keluarga kita mendoakan ma dilimpahi kemakmuran hidup
keselamatan akhirat, keamanan fizikal dan kebahagiaan hati. kak ya sayang ma.
wassalam.
Jumaat penghulu sekelian hari. Jumaat penuh barakah. Dan jumaat ini dilimpahi maghfirah.
Bersempena jumaat ini jua, menurut kalender masihi, ia bertarikh 4 Oktober 2013.
Kalender Hijrah 29 Zulqaedah 1434 Hijrah.
| walau muka kak ya garang, kak ya sayang ma |
SELAMAT ULANGTAHUN SAYANGKU
SELAMAT ULANGTAHUN BONDA TERCINTA
SELAMAT ULANGTAHUN ISTERI SOLEHAH
SELAMAT ULANGTAHUN IBU MITHALI
semoga dirimu disayang Tuhan. kak ya dan keluarga kita mendoakan ma dilimpahi kemakmuran hidup
keselamatan akhirat, keamanan fizikal dan kebahagiaan hati. kak ya sayang ma.
wassalam.
Wednesday, September 18, 2013
HASRAT
Salam,
ada keinginan yang membuak-buak semenjak dua ini. Kadang-kadang ia meruntun air mata tanpa sedar.
Hasrat hati melantun-lantun dalam dada, mahu supaya dibiaskan dalam bentuk frasa. MAHU TAPI KELU!
Sekejap akal memikir begitu. Sekejap akal mengarah begini. Yanag pasti ia KEMAHUAN.
MAHU YANG TERAMAT!
Bumi Terengganu itu tidak pernah mendapat carta di dalam hati suatu ketika dahulu. Masih terbayang betapa jengkel hati bila tahu akan ditempatkan menuntut ilmu disana.
Aduh! Sungguh aku benci. Ini bukan bohong-bohong. Hakikat yang pahit. Ditambah pemergian aku kesana tatkala abah koma di ICU.
Abah pulang ke rahmatullah juga tanpa sempat aku kucup buat terakhir kali. Kami terpisah terus dengan sempadan bumi. Lagi aku bertambah benci belajar sejauh ini!
Hikmahnya, Tuhan menghadiahi aku pelbagai warna.
Di sana, aku temukan cinta, kasih sayang, persahabatan. ia manis. Teramat manis. Hadiah Tuhan. Siapa kita untuk mengatur percaturan Tuhan?
Baik aku, kamu, bahkan kita semua.
Aku berdoa ada jodoh dan takdir untuk datang kesana. Ada sebab yang membawa aku datang kesana.
Bumi Terengganu, aku rindu kisah disana..... Demi ALLAH aku rindu!
![]() |
| yang pertama kami bersama ke pantai |
![]() |
| The day before Aku bertolak ke Melaka untuk Debat Alam Sekitar |
| Dia sahabat Kami saling berkongsi "CINTA" |
| CAPTIONLESS |
| Tulus, Aku rindu mereka. |
| DEBAT DIRAJA 2011 Selepas aku ber air mata memikul amanah ketua pasukan debat |
![]() |
| Tak mungkin berulang. Kami semua sudah milik orang. |
| Dia sahabat pertama yang aku kenali sesampainya aku di Blok UU |
| Si manja yang entah bila memanggil aku MOMMY padahal dia dahulu yang bergelar UMMI. |
![]() |
| Dia seperti ibu |
Tuesday, September 17, 2013
NURUL RUWAIIDAH
Salam,
Nurul Ruwaiidah. Sepotong nama bersama sebuah ingatan.
Dalam perjalanan pulang dari Mersing -> Batu Pahat, 15 Ogos 2013, nama ini terluncur dari bibir bonda.
Cerita bonda, nama ini mencuit hatinya tatkala membaca Al-quran untuk diabadikan sebagai nama anak perempuan yang bakal lahir.
Genap 9 bulan.
Bayi perempuannya lahir. Putih kata bonda.
Tukas suaminya, tidak! Dia sudah memilih nama. hatinya terpaut dengan nama seorang qariah yang membawa nama Malaysia dipersada antarabangsa.
Rasional si suami, biar menjadi pengganti qariah tersebut. Aduhai. Tinggi kan cita-cita?
Beberapa hari kelahiran, si anak menangis tanpa henti. Walang hati ibu ayah memandang. Hanya apabila terdengarkan suara, qariah itu mengaji di kaca tv, semerta berhenti tangisan si anak.
Ala-ala cerita ahmad albab kan?
Rogayah Binti Ghozi. Berasal dari Parit Sulong. Nama Qariah tersebut, Rogayah Binti Sulong.
Kisah ini terpahat kemas dalam ingatan. Nama saya memang ala-ala kampung. Saya tidak peduli. Nama ini dipilih atas pilihan murni. Nama yang dipilih kerana impian seorang bapa. Molek dan sudah padan pilihannya.
Dan yang utama, nama inilah yang sudah tercatat di Luh Mahfuz sebenarnya. Alhamdulillah.
maaf abah. kak ya tidak mampu menjadi Rogayah Sulong sebagai QariahKak ya mampu menjadi Seorang pendebat sahaja. |
kalau saya NURUL RUWAIIDAH,tidak mungkin saya adalah tunangan kamu. |
Tuesday, September 10, 2013
CATATAN DINIHARI 8
Salam,
Catatan rindu. Kisah malam bila berlabuh layar, beginilah.
Sesugguhnya terasing dengan hati sendiri itu perit. Seharusnya belajar kuat seperti dahulu. Tegar hati sehingga jarang sekali dapat dibaca dan tafsir oleh siapa-siapa.
Kata seorang sahabat aku dahulu, aku pembohong paling handal!
Itu tinggal frasa.... Aku bukan sudah lemah. Hanya aku mencuba melunakkan hati.
Tuntas,.. kegemaran aku kini seolah tidak lain dan tidak bukan adalah menangis.
Aku tidak kesal memilih cara ini. Cuma, aku berharap yang terbaik.
mukhlisahminnie:
Aku benci wanita gedik tidak tentu hala. Apa perlu sehingga aku tegur dan bersuara.???
Wassalam.
Catatan rindu. Kisah malam bila berlabuh layar, beginilah.
Sesugguhnya terasing dengan hati sendiri itu perit. Seharusnya belajar kuat seperti dahulu. Tegar hati sehingga jarang sekali dapat dibaca dan tafsir oleh siapa-siapa.
Kata seorang sahabat aku dahulu, aku pembohong paling handal!
Itu tinggal frasa.... Aku bukan sudah lemah. Hanya aku mencuba melunakkan hati.
Tuntas,.. kegemaran aku kini seolah tidak lain dan tidak bukan adalah menangis.
Aku tidak kesal memilih cara ini. Cuma, aku berharap yang terbaik.
mukhlisahminnie:
Aku benci wanita gedik tidak tentu hala. Apa perlu sehingga aku tegur dan bersuara.???
Wassalam.
Thursday, August 29, 2013
HADIAH TERINDAH : TRIBUTE
Salam,
Bibir ini tersenyum tatkala membaca sebaris informasi di peti pesanan ringkas. Ia menyeret ingatan dua tahun yang lepas.
Ia dalam garis sedar dan kenangan, ia sudah melalui fasa tahun kedua. Pantas kan masa?
Ingatan ini sangatlah terasa manis nya. masakan tidak. Hubungan itu bermula ketika kami di PIKAT.
haha! Iya. mungkin itu lah hikmah PIKAT. Memang memikat.
Mulanya saya menjadi teman si teruna. Kerana bukan saya arah magnetic utara-selatannya, maka kami kekal sebagai kawan.
Mata si teruna tertaut pada sahabat saya. Menjadi! Itu rahsia Tuhan dalam mengatur jodoh.
Pernah suatu masa, si gadis berceria isi hatinya. Melempias ketidakpuasan hati ditambah rasa cemburu kerana si teruna selalu membandingkan diri kami berdua. (Kalau sahabat saya masih ingat, saya mohon dia tergelak ye atas luahan-luahan tersebut. =) )
Pernah jua terjadi sedikit ujuan kecil dari Pemilik Cinta. Sedikit sahaja. Kata orang tua itu resam hubungan.
Mungkin sahabat saya lupa? oh, saya ada catatnya di mylittleheart. Boleh klik, SILA KLIK!
Alhamdulillah! Hadiah terindah kini mereka miliki. Sungguh! saya tumpang syukur dan gembiranya.
Masjid itu berdiri dengan jayanya bahkan sudah ditambah seri dengan makmum "solehah", insyaALLAH.
Tahniah Izzatei Shaadah Ramli + Ridzuan Ali.
Kelahiran Wafa' Humairah, Aunty yaya pon raikan. Sebab Aunty kan match maker ibu bapa kamu! =)
mukhlisahminnie:
Anak anugerah terindah. Suami mahupun isteri juga anugerah. Maka, hargailah sementara ada disisi.
Wassalam.
Bibir ini tersenyum tatkala membaca sebaris informasi di peti pesanan ringkas. Ia menyeret ingatan dua tahun yang lepas.
Ia dalam garis sedar dan kenangan, ia sudah melalui fasa tahun kedua. Pantas kan masa?
Ingatan ini sangatlah terasa manis nya. masakan tidak. Hubungan itu bermula ketika kami di PIKAT.
haha! Iya. mungkin itu lah hikmah PIKAT. Memang memikat.
Mulanya saya menjadi teman si teruna. Kerana bukan saya arah magnetic utara-selatannya, maka kami kekal sebagai kawan.
Mata si teruna tertaut pada sahabat saya. Menjadi! Itu rahsia Tuhan dalam mengatur jodoh.
Pernah suatu masa, si gadis berceria isi hatinya. Melempias ketidakpuasan hati ditambah rasa cemburu kerana si teruna selalu membandingkan diri kami berdua. (Kalau sahabat saya masih ingat, saya mohon dia tergelak ye atas luahan-luahan tersebut. =) )
Pernah jua terjadi sedikit ujuan kecil dari Pemilik Cinta. Sedikit sahaja. Kata orang tua itu resam hubungan.
Mungkin sahabat saya lupa? oh, saya ada catatnya di mylittleheart. Boleh klik, SILA KLIK!
Alhamdulillah! Hadiah terindah kini mereka miliki. Sungguh! saya tumpang syukur dan gembiranya.
Masjid itu berdiri dengan jayanya bahkan sudah ditambah seri dengan makmum "solehah", insyaALLAH.
Tahniah Izzatei Shaadah Ramli + Ridzuan Ali.
Kelahiran Wafa' Humairah, Aunty yaya pon raikan. Sebab Aunty kan match maker ibu bapa kamu! =)
mukhlisahminnie:
Anak anugerah terindah. Suami mahupun isteri juga anugerah. Maka, hargailah sementara ada disisi.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)











