Wednesday, May 23, 2012

KATA-KATA RINGKAS

Salam,


"Kisah kain batik & kain pelekat.
Meski keduanya tampak berbeza,namun punyai jiwa yang serupa.

&
Meski bintang tidak terang di dada langit malam,
namun bintang terang dekat dihati"


Kisah Kain Batik Kain Pelekat & Bintang suram
22 May 2012

Wassalam.


Monday, May 14, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN

Salam,

Aku pernah mencatatkan perihal ulang tahun kelahiran  kamu yang ke-23 diruangan mylittleheart ini. Aku tahu sewaktu itu kamu tidak mengetahui langsung mengenai catatan itu. Kerana ketika itu kamu dan aku hanya teman. Tidak lebih dari itu. Bahkan ruangan blog ini juga mungkin tiada dalam pengetahuan kamu.
(must click ye)


Setahun berlalu.

Tahun 2012. Catatan serta dedikasinya sudah berbeza.


Buat bakal imam yang aku kasihi...

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-24. Usia sudah menginjak dewasa. 

Doa aku semoga kamu lebih matang menempuh hari-hari muka. Bersabar di dalam menakhoda perhubungan yang masih hijau ini. Bersabar sehingga saatnya kamu benar- benar menjadi imam hayat aku mahu pun wasilah syurga aku nanti. 

Ini doa bercampur harapan.

Semoga kamu sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayang Tuhan setiap detik.

Selamat Hari Lahir Muhammad Faiz Hamid
yang ke-24


mukhlisahminnie:

Kamu hadir sebagai HERO dalam hidup saya untuk mengisi ruangan yang ditinggalkan oleh SUPERHERO saya. Bukan menggantikan. Kedua-duanya istimewa dalam hati saya. Sifat hampir serupa. Saya mengasihi anda berdua. Selagi ada waktu. Selagi di izinkan Tuhan.

Terima kasih untuk itu. Terima kasih kerana berusaha bertanggungjawab kepada anak nakal Ma & Abah ini.


Catatan Sayang,
CIK YAYA.

Wassalam.



Wednesday, May 2, 2012

HOW TO MAKE YOUR DAY

Salam,

Setiap hari adalah bahagia. Setiap hari ada kisah yang akan menjadi kenangan.  Setiap hari adalah pengajaran hidup untuk panduan dan pengalaman hari esok.

Bentuk kenangan yang bagaimana? Itu pilihan kita. Selebihnya ketentuan ALLAH.

Aku? Aku memilih untuk mencari dan memberikan yang terbaik. Paling baik yang aku termampu. 

Kalau ada yang menukar segala usaha aku untuk mencipta kenangan yang terbaik, aku akan ambil ia sebagai pengalaman hidup yang mematangkan diri.

Jangan menangis lagi
Kata dia, aku nakal bila senyum begini.
Itu lebih baik daripada aku terlupa bagaimana tersenyum


mukhlisahminnie: Aku tidak jemu merindui kamu.


Buat bonda yang disayangi Tuhan, Abah yang sentiasa hidup di dalam diri ini meski dalam bayangan dan kenangan.
Restui dan doakan aku agar sentiasa bahagia sehingga nyawa ini bercerai daripada badan.


Wassalam.

TOLONG JAGA DIA

Salam,


Biar seketika asal bukan hanya menjadi sejarah dan angan-angan yang tidak kesampaian


Ini bukan kemahuan. Ini yang harus berlaku. Mudah-mudahan ia menjadi soal dan perkara yang terbaik. 

Meniti hari-hari tanpa dia itu perkara yang sedikit sukar.
Saya sudah terbiasa ada nya. Kehendak saya berbeza. Mengapa ya kamu menjarakkan ruang yang memang sedia tercipta?

Apa kamu yang kamu rasakan tanpa aku? Biasa-biasakah perasaan kamu tatkala menidakkan kehadiran aku? Apa kamu tidak terseksa menahan perasaan berbuat sebegitu seperti yang aku rasa?

"Tuhan tolong aku, Tolong jaga dia"

Berulang-ulang kali doa ini terbias dihati. Tidak terluah dibibir. Jika ini mahu dia.
Aku akan menurut. Mengikut apa yang seharusnya. 

mukhlisahminnie: Kisah kasih sayang yang belum selesai. Entah apa pula ceritanya esok dan kemudian hari.Semoga esok, lusa dan seterusnya kisahnya tetap baik-baik sahaja.

Wassalam.


Monday, April 23, 2012

RINGKAS

Salam,


Sengaja mencuri peluang. Hakikatnya rindu. Biar sedikit. Biar tidak semua. Tidak mengapa asalkan ada. Peluang yang bersisa untuk dinikmati. Nanti entahkan bila dapat bersama lagi. Mungkin ada mungkin jua tidak.


Mencuri kerana hati yang rindu lantas mendesak tidak berdosa kan?


mukhlisahminnie: Hikmah mengalami kesakitan.



Wassalam.

Saturday, April 14, 2012

CATATAN DINIHARI 4

Salam,

tidak mudah membuang sayang setelah bermusim disemai. Tatkala sudahpun merimbun, tiupan taufan menghentam.

Kasih sayang terlerai semudah itu. Ini kerana kegagalan masing-masing untuk bertahan. kegagalan untuk menyelamatkan.

Biarkan kosong ruangan tidak terisi. Sudah sampai waktunya mencari arah.

Semoga bila esok, tatkala mentari menjengah meyinari wajah alam, ada lagi kisah kasih sayang yang masih tersisa dan bertahan.

~Kehadiran kalian sebagai peneman bukan menggantikan apa yang telah berlalu pergi
I-CITY, KUALA TERENGGANU~

mukhlisahminnie: Rintik hujan dari langit malam selalu menghantar kesan halus kepada jiwa. Selamat malam dunia.

~Aku mendoakan persahabatan kalian berkekalan~


Wassalam.


Sunday, April 8, 2012

CATATAN DINIHARI 3

Salam,


Ada misi belum selesai. Ada hati yang sarat dengan serabut yang berselirat. Bergumpalan. Menghenyak dada. Memberati minda. Ini bukan kes kecil. Ini kisah yang belum sempurna.


Ya ALLAH,


Hati ini menangis. Berharap agar temui jalan keluar daripada kemelut hati. Engkau lebih memahami. Engkau Maha Tahu.


Walau bagaimana sekalipun, ini harus dihadapi. Hati mesti kuat. 


mukhlisahminnie: Cinta bersulam redha itu indah. Seindah mentari terbit yang dinantikan insan. Mohon  diangkat doa hamba yang hina ini ALLAH. 

~Matahari terbit, 1 April 2012~
                                                               

Wassalam.