Sunday, May 15, 2011

DUNIA BARU

Salam,

Dunia baru buat aku.


Selamat menjadi warga Kuala Lumpur Cik Rogayah Bt Ghozi

Aku berkelana bersendirian di daerah asing. Bukan wajah kebiasaan buat aku. Hidup dan kehidupan baru aku bermula tepat jam 8.00 PM, hari sabtu bersamaan 14 Mei 2011.

Terpancar kebimbangan bonda dari setiap tingkah nya. Tutur nya. Reaksi nya. Bonda sayang, aku tahu kamu khuatir kan keselamatan aku di bumi asing. Percaya lah. Aku akan berusaha menjaga sebaik nya bekalan amanah kamu.

3 perkara:

1) Jaga solat
2) Jaga budi bahasa
3) Jaga maruah diri

Pesan si dia, hati-hati dan jaga diri. Berkali-kali titipan pesanan itu mengiringi pesanan ringkas nya. Terima kasih kerana prihatin.

Kata teman yang sangat ku kasih, biar kan kita berjauhan. Mungkin ini mengajar erti sayang antara kita. 

Hmm.....

Kuala Lumpur.
Bakal menjadi sebahagian lembaran baru dalam hidup aku. Hiruk pikuk nya nanti bakal sebati dan melarut di dalam kelaziman aku.
Masyarakat dan dunia nya yang sentiasa hidup bakal menjadi sebahagian kehidupan aku. 

Iya.....

Kementerian Pertahanan.
Bakal mencoret cerita aku bersama nya. Kesukaran dan kepayahan aku meredah bumi Kuala Lumpur ini sendirian menghembus kan kekuatan. Ya, aku kuat bersama doa bonda dan semangat dari sekeliling. Terima kasih semua.

MINISTRY OF DEFENCE



P/S: Aku mahu menjadi yang terakhir mengucap kan selamat ulang tahun buat kamu.


Selamat ulang tahun yang ke-23  Mr. Army


Salam.

No comments:

Post a Comment