Thursday, May 19, 2011

HUJAN DI KOTA RAYA

Salam,



Kali pertama kehujanan. Suasana kota raya Kuala Lumpur yang ditimpa hujan. Agak lebat. Aku dan teman-teman praktikal meredah juga hujan demi untuk mengisi perut yang berkeroncong. Sangat minta di isi. Hujan atau tidak bukan pertikaian lagi. Yang penting ia sudah menyanyi minta di isi.Perut oh perut. Tidak kira hujan dan petir yang mengegar awan. Kamu tetap meminta hak.

Cerita pengalaman meredah hari suram di Kuala Lumpur hari ini. 18 Mei 2011. Sepetang menghabis kan waktu berlatih sketsa untuk program PIKAT di Bagan Datoh, Perak. Kepercayaan demi kepercayaan umat Kementerian ini terhadap aku agak membimbang kan aku. Aku yang setahun jagung seusia 3 hari di Kementerian Pertahanan ini di suruh menulis teks ucapan buat Datin Norlida yang merupa kan Pengerusi Bakat ATM Malaysia sempena hari ibu. Tidak teruja. Aku belajar erti teliti yang dulu bukan karakter aku. Cukup lah ala kadar. Sikap itu aku tidak boleh laku kan disini. Semua wajib teliti dan berdisiplin. 

Percaya yang kebodohan kali pertama mengajar kita erti jangan laku kan kesilapan kali kedua. Aku tertawa seketika mengenang betapa kuat nya lah aku ingin membuka pintu yang mempunyai kod khas. Mana lah aku tahu perlu guna kan kad yang tergantung dileher aku ini sendiri. Aku tergelak-gelak apabila teringat. Tidak untuk kali kedua. Aku semakin mahir menekan kod untuk membuka setiap pintu-pintu di Kementerian ini. 

Saat melangkah pulang, rezeki dari langit kurniaan Ilahi ke pangkuan hamba nya. Selebat hujan yang menimpa kotaraya ini. Cendol ini bukan kegemaran. tetapi aku benar-benar terliur ketika lalu kelmarin. Seorang jurutera entah kenapa sudi membelanja. wah. Tuhan itu sememang nya Maha Pemurah keatas hamba nya. hanya terdetik di hati, ALLAH sudah menterjemah kan bentuk rezeki yang tidak terduga. Maha suci Engkau Ya ALLAH. Terima kasih ALLAH. 


Kasut wedges kesayangan aku terkopak akibat berlari. sedih.

Kota Kuala Lumpur. Sarat dengan cerita aku, mereka dan suasana. 

Salam.


No comments:

Post a Comment