Tuesday, May 3, 2011

KISAH KEHIDUPAN

Salam,

Hye reader and mylittleheart. 

Mengenai kehidupan. Biasa lah manusia dan ragam kehidupan. Pelbagai aksi dan kerenah. Ada yang jiwa nya selembut kapas, mungkin jua sekeras batu dan kadang-kadang seperti serakah nya haiwan. 

Manusia oh manusia.

Selagi yang namanya itu manusia, pasti lah masih begitu rentak nya. Sabar lah. Kehidupan pelbagai rona dan gaya yang sentiasa bermain dengan retorik yang memening kan kepala. Ada saja kisah kehidupan yang tercetus di sekeliling. Buaian takdir beraksi untuk mengajar manusia erti redha, masalah mendatang mengukir ketabahan, kesakitan menghembus kan kesabaran. 

Manusia dan kehidupan.

Cerita nya pasti lah saling berkaitan. Kemanisan sebuah kehidupan perlu kan harga sebuah pengorbanan.

Tidak salah berlembut lidah. Tidak naif bersifat santun. Tidak kejam jika menjauh demi menyelamat kan sekeping hati dari terus terluka. TIDAK.

Kehidupan itu antara dua pilihan. Tiada yang ketiga. Bahagia hanya berpasangan bersama duka. Pilih lah. kesedihan lawan nya kegembiraan. Pilihlah.Mahu kemenangan berbanding kegagalan juga pilihan. Pilih lah.

Kehidupan.

Asas nya memang begitu. Pilihan. Makanya teman-teman, laku kan lah pilihan yang menyebelahi hati sendiri. Senang kan lah hati sendiri. Tiada siapa yang memahami jika kita menjeruk rasa, menahan derita. Kerana kesakitan yang bersifat dalaman tanpa luka yang kelihatan ini hanya kita yang merasa. Bahagia juga kita yang nikmati adrenalin nya. 

Maka, pilih lah bahagia. Itu hidup kita. Warnai lah sendiri bersama leret awan yang menyenang kan supaya selepas terik nya mentari yang membahang tubuh, selepas menggila nya sang hujan menimpa bumi, selepas menggulung nya badai menghempas pantai, semoga saja TUAN BESAR sudi menghadiah kan pelangi pelbagai warna yang menceria kan perjalanan kehidupan insan.


Kak yam sayang, jangan nangis=)

Cik ain sayang, jangan sedih=)

Sebab, cik yaya ada to give you full hearted love




P/s: To my friend that was confessed about his journey, dont ever to be worry. I will always pray for you. You can endure those thing and figure it out soon. Sabar.
Untuk adik sayang, Asnizan Muksin: HAPPY BIRTHDAY SAYANG.


Salam.

4 comments:

  1. huahuahua..nangis kang.,hehe
    tQ ya dik..
    sayang juga sama kamu..^__^

    ReplyDelete
  2. hahaha.. jangan laa nangis.. bengkak da mata tuu.. ehhee~

    ReplyDelete
  3. bkn mata y bengkak yunk..mlut y bengkak..sedih

    ReplyDelete
  4. adeh. jgn cam2 kak yam... kak yam hebattt!=) x mo sedey k

    ReplyDelete