Bukan larut malam lagi... Pagi sudah menjengah. 2.16 A.M. Haa.. Punya cerita amat ingin dilontar keluar. Dulu sewaktu mylittleheart ni tak ada, hanya ruang sempit hati yang menjadi wadah menyimpan segala kisah sarat tentang hati. Nak tahu? Puas hari ini teman aku memuntah kan amarah sayangnya aku kira, dek kerana sikap aku yang cukup memendam rasa. Nak tahu? Alangkah terkejut nya dia tatkala aku bercerita kisah dulu tentang aku dan sejarah lampau seorang yang bernama ROGAYAH BT GHOZI
|
Pemula generasi sakinah |
|
Tuduh nya, aku ini gila. Entah mengapa, aku jadi lucu lantas tertawa.. Benar baragkali aku ini gila. Tatkala kisah aku sebagai "PELATIH WIRAWATI TERBAIK PLKN" yang aku rahsia kan dari bonda sebagai isu nya..Tahun 2007-2010 tempoh rahsia itu ku pendam dalam dada. Setelah 3 tahun berlalu baru kisah ini ku kongsi bersama bonda. Hahahaha.. Sejenak terfikir, memang benar aku ini gila agak nya. Langsung tak pintar mahu bercerita berkongsi suka mahupun duka. Teman,.. Ini lah aku. Banyak lagi kisah AKU yang TERPENDAM. Saat bercerita bersama kamu, aku tertoleh lantas mengintai kembali sorotan kisah semalam yang terlalu lampau. Banyak rupa nya dada & hati ini mengepang kisah seorang yang bernama ROGAYAH BT GHOZI. Lupa kan seketika kisah gadis tak pintar bercerita itu. Mengapa post entry ni aku judul kan 9 Januari 2011. Ada kisah... Tarikh lahir seorang teman yang aku kagumi butir bicaranya. Aku pernah mahu lari dari apa yang aku pernah ikrar kan sebagi kecintaan aku selama ini. Dia hujani aku dengan ayat-ayat semangat. Walaupun dia sendiri terkadang sering saja tak muncul tiba tatkala latihan berlangsung. Hahahaha.. Apa lagi yang mencerita kan aku sehingga aku hari ini asyik saja tersenyum?? Kelahiran puteri ke-3 kak ima+Abg Apiz = ??... (Masih tak aku ketahui lagi nama puteri aku tu) Hahahaha...
|
Tahniah abang Apiz+ kak Imah untuk kelahiran puteri ke -3 =) |
|
Dengar khabar dari Mak Ngah, kamu berdua merajuk ye. Terutama nya si Hanan ni. Merajuk mama punya adik Baru?? =) |
Tetapi, malam ini juga aku merasai perasaan yang sangat resah sehingga terpaksa dua teman ku menadah telinga aku meluah rasa. Aku khilaf... Khilaf yang aku sendiri merasai kesan nya sehingga menyeret aku tak mampu melelap kan mata. Padahal, seharian aku meladeni urusan hidup di kampus ni. Aku tak mahu mengecewa kan hati teman, aku tahu alasan semua itu dan sebenar nya aku masih punya cara untuk menolak secara baik permintaan itu. Aku kira tindakan aku itu tidak akan mengundang apa-apa rupanya..... Aku khilaf. Aku di buru rasa bersalah. Pengajaran buat diri yang khilaf ini supaya jangan lupa adab ketika gembira. Pesan nurani serta mylittleheart ku, "tak apa., Jadi kan pengajaran ye.." Demi mahu menghilang resah yang masih belum reda. Mudah-mudahan.....
|
Mr. Adib Aiman,... Happy BIrthday. Sama tarikh dengan my new daughter
|
No comments:
Post a Comment