Monday, January 24, 2011

Himpunan kenangan..............

Salam,


Syawal terakhir 2009

Apa khabar mu mylittleheart?... Sungguh, bukan main aku rindu kamu.. =) Aku bawa cerita lagi untuk dikongsi bersama kamu..

Usai menghafal 4 ayat dari surah Al- Baqarah sebentar tadi. Dada di hunjam rasa sebak yang tidak tertahan-tahan. Mengapa? Kamu tahu mylittleheart.? Aku mahu berceritera pada kamu. Himpunan kenangan menjadi punca. 
 *********************************************************************************
Suatu hari sekitar tahun 1995:

Lelaki itu: Nak jadi apa tak nak mengaji????!! Abah ajar anak orang lain, kau main, usik orang! 
(Berbelang betis kena libas rotan)

Budak perempuan 7 tahun: Ampun abah.....! janji tak buat lagi.. Janji..! Janji.. 

Lelaki itu: Kalau tak pandai ngaji nak jadi apa??? Tak malu dengan orang.???

**********************************************************************************
Sekitar tahun 2011:

Gadis kecil berusia 6 tahun itu sekarang sudah bisa mengalun kan ayat suci Al-quran kini.  Berkat di rotan lelaki itu.

*********************************************************************************
Sekitar tahun 1996: 

Gadis kecil yang di rotan tadi melangkah ke alam persekolahan. Darjah satu... Duduk bakul motor. kakak & abang membonceng di belakang lelaki itu. Pernah suatu ketika, gadis kecil  itu terlewat bangun. Puas dah bonda mengejut lembut dan kemudian bertempik dek kerana gadis kecil itu lah yang paling liat bangun. "Nak kena tinggal dengal abah kah???? 
Apa balasan jika biar suara bonda bertempik???? Burrrrrrrr..!. Disiram air sebaldi oleh lelaki itu. Terpisat-pisat menangis akan dipujuk kah?? Ohh.... Jawapan nya sama sekali tidak!
Usai berbaju sekolah, sangat lambat dan berat hati sahaja tingkah gadis kecil itu mahu menyarung sepatu putih nya. Prommmmmmm!!!!! Tayar motosikal lelaki itu menderum membelah cuaca pagi dengan garang nya. 
Abahhhhhhh!!!! Jangan tinggal!!!
Waaaaaaaa....!!! Meraung lah kuat-kuat. Tiada simpati dan tak mungkin lelaki itu mahu berpatah balik menjemput.

**********************************************************************************
Sekitar tahun  2011: 

Gadis kecil itu sudah dewasa. Sudah bisa pulang ke tempat pengajian nun jauh di pantai timur sendirian. Menaiki bas. Bisa menunggang motor?? Uhhhh... Mudah! bisa memandu kereta? Haha... Senang saja! Tanpa lelaki itu perlu bersusah payah mahu susun anak nya lagi pada motor tua nya tatkala perlu membawa anak-anak kecilnya ke mana-mana. Kerana anak-anak lelaki itu sudah dewasa. Sudah puya kenderaan sendiri,bebas mahu kemana sahaja. Kecuali gadis kecil itu. =)

***********************************************************************************
Sekitar  tahun 2006:

Gadis kecil itu sudah remaja. Keputusan PMR nya memberangsang kan. Mahu ke asrama. Mahu seperti teman-temannya yang lain yang berbekal kan keputusan agak cemerlang. Kata mereka, "layak kita ni ke asrama". Gadis kecil yang telah remaja itu turut teruja. 
"Abah, nak masuk asrama jugak."
"Bukan tak boleh, abah tak punya kewangan yang cukup. Adik-adik pon nak masuk sekolah."
Gadis itu membentak, menangis seolah-olah tertutup peluang untuk meneruskan persekolahan. Mahu juga diterus kan hasrat nya menyambung pengajian agama. Tidak mahu berkompromi langsung hatinya ke sekolah menangah harian biasa. pasti buntu kan teman-teman, ayah serta bonda gadis remaja itu? Rahmat ALLAH sekalian alam, kakak gadis remaja itu sudi membiayai kos pengajiannya. Terima kasih ALLAH... Pesan lelaki itu tatkala turun dari kereta usai pendaftaran pelajar baru di MAAHAD PONTIAN:
"Ingat, belajar jauh-jauh ni jangan main-main. Kesian kak ima bayar yuran mahal." 

Segar lagi dalam ingatan, tatkala mahu pulang ke asrama setelah bercuti. Lelaki itu termenung jauh di jendela. 
"Abah, nak salam ni. Nak balik pontian."
"Ada duit?"
"Emmmmm... Tak ada." Lambat je jawapan gadis remaja itu. Sedar hakikat orang tua nya sudah tidak bekerja. Tahu dan amat pasti mereka tiada sumber mahu dihulur kepada nya. Sangat pasti apabila kemudian lelaki itu meninggalkan kerusi yang menghadap jendela itu masuk ke bilik nya. Lama menanti, akhirnya lelaki itu membawa keluar cerek kuning dari kamar nya. Cerek itu ole-ole yang dibawa pulang oleh lelaki itu dari Mekah selepas menunai kan umrah. Entah siapa dari kalangan anak murid mengaji nya yang begitu bermurah hati menaja tiket umrah nya, kami juga tidak dimaklumkan sehingga kini. Kata tuan haji yang mengurus travel itu, RAHSIA dari pemberi. Terima kasih buat manusia pemurah itu. Oh, kembali semula mengapa lelaki itu bawa keluar cerek kuning itu? 
" Kira lah  ada berapa duit syiling tu..." Mendatar suara lelaki itu mengarah. Tekun gadis remaja itu mengira berapa jumlah syiling itu.
"RM10 abah. Nak buat apa ni abah?"
"kak ya bawak duit tu dulu laa ye. Nanti kak ima telefon, abah pesan suruh pergi asrama kak ya."
Bergenang air mata gadis remaja itu. Sehingga tamat tingkatan 4 'DUIT SYILING CEREK KUNING' itu tidak diguna nya. janji gadis itu pada diri nya, mahu dipulang kan semula duit itu kepada lelaki itu. Tak tega rasa nya mahu guna kan. Malang janji itu tidak mampu tertunai. Mahu pulang ke kampung hujung tahun itu duit saku nya tidak cukup untuk membeli tiket bas. Terpaksa guna kan. Maaf kan kak ya ye abah....


**********************************************************************************
Sekitar tahun 2009:

Gadis itu berlari-lari mencari tiket kapal terbang mahu pulang ke kampung halaman. 7 oktober 2009.. Ketika dalam semester pertama, tahun pertama di universiti. tatkala itu, peperiksaan akhir semester sedang berlangsung. Pesan teman melalui khidmat pesanan ringkas ketika jam melewati 3 pagi. Gadis itu sudah lena ketika itu. 
"Ya, tolong kebilik aku ye bila ko bangun."
Kuasa rabbi.... Gadis itu langsung tidak sedar tatkala panggilan telefon berkali-kali menjerit. Hanya tersedar tatkala sms masuk ke peti mesej. Serentak itu panggilan kali ke-11 masuk. 
"Ye kak ija? Kenapa? Sorry kak ya tido tak sedar." Termangu seketika mengapa kak ija tak mampu bersuara.
"Biar kak Bi yang cakap ye. Tunggu sekejap." cukup jelas suara kak ija teresak-esak. Hati sudah tidak keruan.. Mengapa????? 
"Yah.....Abah dah tak ada... Ambil tiket flight ye balik."

Prangggg!!! Handphone berderai jatuh menghempas lantai.. Terketar-ketar tangan selaju mungkin memasang semula komponen fon. Gadis itu mendail semula hp kak Bi.

Tergambar semula perbualan terakhir petang tadi bersama lelaki itu. Lemah betul suara nya.
"Assalamualaikum. Abah sihat, jangan risau. Kak ya bila balik? Tak apa, kak ya belajar, terus belajar. Abah tak apa-apa. "

Aku sangat berterima kasih kepada ALLAH atas keizinan nya. Suara terakhir itu cukup jelas terdengar sehingga kini. "ASSALAMUALAIKUM" lelaki itu cukup sempurna di pendengaran. Bersungguh-sungguh lelaki itu mendoa kan kesejahteraan zuriat nya agar selamat sejahtera buat KALI TERAKHIR............

Bengkak mata kak ya. Lepas cakap dengan abah petang 7 oktober tu, kak ya tak berhenti menangis. Tak tahu kenapa sayu sangat. Tirah yang ambil gambar ni. Nasib baik ada juga kenangan.

Aku berlari sepenuh hati di lapangan terbang Kuala Terengganu.
"Encik, tiket ke Senai ada?? "
"Maaf dik, fully booked"
"tak pa encik ke KL pon."
"Agak mahal dik beli on the spot." 
"Saya nak jugak! Abah saya meninggal. Tak kisah laa berapa pun."
"OK, ada tiket firefly ke subang je dik. RM 231 dik"

Abah.... Kalau aku punya sayap. Sudah aku terbang pulang ke sisi jenazah mu...Kadar paling segera. Lapangan terbang subang menjadi saksi. Gadis itu meredah bumi KL dengan jiwa kosong. Jiwanya sudah hilang rasa takut. Nadi yang berdenyut hanya pinta PULANG.! Gadis itu mengejar limosin lapangan terbang. 
"Pudu raya pak cik. Tolong cepat ye"

Sampai di pudu, gadis itu kalah pada suratan takdir Nya.
"kak ija mintak maaf kak ya. Kak ija tak kisah kalau kak ya nak benci kak ija. Kak ija da cuba tangguh kan jenazah abah. Tapi abang Ajak suruh cepat. Kak ya sayang abah kan? kalau sayang abah, kak ya kena redha. Abah nak balik cepat kak ya. Kesian abah lama sangat."

Gadis itu meraung di tengah kesibukan manusia yang berpusu-pusu di puduraya. ALLAH tidak izin kan..
'kau terbang laa wahai hamba. Andai telah aku surat kan kau tidak akan berjumpa, pasti tidak jumpa.'
Terimbau kenangan, sebelum melangkah kan kaki ke bumi Pantai timur itu. Abah terbaring di wad icu. Gadis itu hanya mampu mencium tangan abah yang tidak berdaya. 
Kini,... Jangan kan mencium tangan nya, jasad kaku nya jua gadis itu tidak beupaya lihat. Apa yang tinggal menunggu nya di kampung halaman? Tanah perkuburan yang bertaburan nisan kaku. Abah sudah membisu. Tidak lagi menjawab salam anak nya ini. Setiap petang ketika remang senja hampir berlabuh, gadis itu sedikit pun tidak merasa takut berteleku disisi pusara lelaki itu sendirian setiap kali pulang bercuti sekalipun berkali-kali ditegah oleh bonda nya. Gadis itu lah yang paling manja dengan lelaki itu kerana selalu jauh dari keluarga. Namun, gadis itu jua lah yang tidak bisa ketemu buat kali terakhir. Hebat erti SABAR yang mahu di ajar oleh KHALIQ...

ABAH... KAK YA RINDU ABAH.... SANGAT-SANGAT... SEPATUT NYA KAK YA KENA BACA BUKU. ESOK KAK YA TEST AL-QURAN. KAK YA TERINGAT ABAH. TERIMA KASIH DULU ABAH ROTAN KAK YA....SEKARANG KAK YA BOLEH MENGAJI. TERIMA KASIH ABAH DULU KENAL KAN KAK YA SIAPA ALLAH. TERIMA KASIH AJAR KAK YA TUTUP AURAT...TERIMA KASIH SEKOLAH KAN KAK YA... TERIMA KASIH YA ALLAH, PINJAM KAN LELAKI ITU KEPADA AKU.... TERIMA KASIH......

Ma selalu ingat kan kak ya tentang duit syiling cerek kuning. Ma pun sama seperti kak ya. rindu pada abah.





No comments:

Post a Comment