Salam,
Selamat pagi mylittleheart. Sungguh, bukan buat-buat. Badan ku lelah. Terasa lemah. Aku ponteng kuliah pagi ini. Aku tidak betah tidur berterusan. Bukan kegemaran dan kebiasaan aku. Lantas aku habis kan masa pagi ini membaca entry teman-teman. Aku rindu bonda. Rindu desa dan aku terlalu rindu ingin menjenguk rumah baru abah dan atuk. Mata, jangan mengalirkan mutiara mu.. Tolong. Hibanya. Bonda, aku rindu kamu. Dulu, tatkala kesakitan membungkus badan, pasti kamu disisi setia memeluk sayang tubuh ku, sua kan bibir ku dengan sedikit makanan alas perut walaupun akhir nya kamu tahu aku akan memuntah kan kembali. Pasti kamu hiba dan letih kan? Sudah begitu, aku membeban kan kamu lagi dengan rengekan seperti anak kecil pinta dibelai supaya kesakitan tubuh sedikit lega. Mata ku sentiasa meliar jika tiada kelibat bonda disis tatkala membuka mata.
|
~Bonda sayang, letak kan aku dalam setiap doa mu~ |
Semalam situasi nya tidak begitu lagi. Aku hanya membungkus badan dengan selimut serta lengkap berstokin. Tiada bonda. Hibanya. Aku tidak mahu mengadu. Kasihan bonda. Ika sakit, bah kan lebih derita dan sakit dari aku. Buat aku jadi malu untuk mengadu. Sakit tidak seberapa. Aku terkebil-kebil melayan mata yang sehingga ke subuh tidak terlelap. Pesan teman, tutup mata dan fokus kan fikiran untuk tidur. Aku sudah cuba. Sudah... Tidak berjaya. Aku bingkas ke balkoni memerhati langit. Berharap bintang sudi untuk sedekah kan cahaya nya untuk aku nikmati serta mengubat gundah nya hati. Tiada di situ. Bintang sembunyi. Mungkin tiada aturan mahupun arahan TUAN BESAR supaya bintang melimpah kan gemerlapan cahaya nya. Tidak mengapa. Aku bersila pula di hujung katil seperti bertafakur. Jam melepasi 3 pagi. Ma,..... Aku rindu kamu, rindu abah. Aku bikin gila. Telefon ika. Kata ika, bonda tidur. keletihan berjaga sepanjang malam temani ika. Kasihan adik ku. Suara nya tidak larat, masih lagi mahu bertanya mengapa suara ku tidak kedengaran. Aku sebak. Kamu lebih sakit adik ku. Aku malu mahu menangis, malu mahu beritahu aku tidak sihat. Jika adik kecil ku lebih kuat, mengapa tidak kakak nya.?
Setiap waktu yang aku lewati semalaman, penuh dengan desakan kerinduan. Mungkin benar, kondisi tubuh serta sistem minda ku yang tidak teratur membuat kan aku jadi tidak menentu. Hilang sedikit rasional. Biar lah... sedetik lagi pasti aku tidak begini lagi.
every second in my life,
i through a tough circumstances
HE knows that i will,
i can endure this,
Let me finished it,
i cant bearly able to endure,
when my heart beat fast and said,
i am really missing you,
unbeateable,
MY ALMIGHTY,
i felt hard here,
here in my deep little heart,
give me your softness,
to wipe this blood,
Let me uphold your promises,
i only have this believe,
that i got you,
safe my hero there,
wrap him in warm of you love,
let me tell the entire space of earth,
im gonna missing something that was
truly leaving me.
~MISSING~