Friday, May 27, 2011

RASA KU INI RASA MU

Salam,

Hati. Penat sebenar nya berbicara soal hati. Tidak pernah sudah.

Rindu.
Sungguh, rindu itu anugerah. Rindu itu petanda kita punya rasa hadiah termahal dari pencipta.
Namun rasa rindu ini jua sebenar nya perlahan-lahan melumpuh kan sel-sel ego yang tertanam.

Biar lah.
Aku merasa sakit seketika. Andai ini balasan kerana pernah mengabai kan rasa rindu,sayang, dan prihatin yang sarat memenuhi dada kamu dahulu yang pernah aku alpa kan, aku rela. 

Cuma,
pinta ku cukup mudah. Aku tidak mendamba kan kemaafan yang luhur dari hati kecil kamu. Aku tidak mengimpi kan kamu kembali senyum berkongsi rasa. Tidak. Cukup sekadar aku tidak dilupus kan dari ingatan. 

"my moon,
let her know how much i missing her,
and my moon,
smile brightest to her,
because my smile is not as bright as you,
my smile is 0nly drawn her into painess."


Lots of love, 
Cik yaya


Salam.



Thursday, May 19, 2011

HUJAN DI KOTA RAYA

Salam,



Kali pertama kehujanan. Suasana kota raya Kuala Lumpur yang ditimpa hujan. Agak lebat. Aku dan teman-teman praktikal meredah juga hujan demi untuk mengisi perut yang berkeroncong. Sangat minta di isi. Hujan atau tidak bukan pertikaian lagi. Yang penting ia sudah menyanyi minta di isi.Perut oh perut. Tidak kira hujan dan petir yang mengegar awan. Kamu tetap meminta hak.

Cerita pengalaman meredah hari suram di Kuala Lumpur hari ini. 18 Mei 2011. Sepetang menghabis kan waktu berlatih sketsa untuk program PIKAT di Bagan Datoh, Perak. Kepercayaan demi kepercayaan umat Kementerian ini terhadap aku agak membimbang kan aku. Aku yang setahun jagung seusia 3 hari di Kementerian Pertahanan ini di suruh menulis teks ucapan buat Datin Norlida yang merupa kan Pengerusi Bakat ATM Malaysia sempena hari ibu. Tidak teruja. Aku belajar erti teliti yang dulu bukan karakter aku. Cukup lah ala kadar. Sikap itu aku tidak boleh laku kan disini. Semua wajib teliti dan berdisiplin. 

Percaya yang kebodohan kali pertama mengajar kita erti jangan laku kan kesilapan kali kedua. Aku tertawa seketika mengenang betapa kuat nya lah aku ingin membuka pintu yang mempunyai kod khas. Mana lah aku tahu perlu guna kan kad yang tergantung dileher aku ini sendiri. Aku tergelak-gelak apabila teringat. Tidak untuk kali kedua. Aku semakin mahir menekan kod untuk membuka setiap pintu-pintu di Kementerian ini. 

Saat melangkah pulang, rezeki dari langit kurniaan Ilahi ke pangkuan hamba nya. Selebat hujan yang menimpa kotaraya ini. Cendol ini bukan kegemaran. tetapi aku benar-benar terliur ketika lalu kelmarin. Seorang jurutera entah kenapa sudi membelanja. wah. Tuhan itu sememang nya Maha Pemurah keatas hamba nya. hanya terdetik di hati, ALLAH sudah menterjemah kan bentuk rezeki yang tidak terduga. Maha suci Engkau Ya ALLAH. Terima kasih ALLAH. 


Kasut wedges kesayangan aku terkopak akibat berlari. sedih.

Kota Kuala Lumpur. Sarat dengan cerita aku, mereka dan suasana. 

Salam.


Sunday, May 15, 2011

DUNIA BARU

Salam,

Dunia baru buat aku.


Selamat menjadi warga Kuala Lumpur Cik Rogayah Bt Ghozi

Aku berkelana bersendirian di daerah asing. Bukan wajah kebiasaan buat aku. Hidup dan kehidupan baru aku bermula tepat jam 8.00 PM, hari sabtu bersamaan 14 Mei 2011.

Terpancar kebimbangan bonda dari setiap tingkah nya. Tutur nya. Reaksi nya. Bonda sayang, aku tahu kamu khuatir kan keselamatan aku di bumi asing. Percaya lah. Aku akan berusaha menjaga sebaik nya bekalan amanah kamu.

3 perkara:

1) Jaga solat
2) Jaga budi bahasa
3) Jaga maruah diri

Pesan si dia, hati-hati dan jaga diri. Berkali-kali titipan pesanan itu mengiringi pesanan ringkas nya. Terima kasih kerana prihatin.

Kata teman yang sangat ku kasih, biar kan kita berjauhan. Mungkin ini mengajar erti sayang antara kita. 

Hmm.....

Kuala Lumpur.
Bakal menjadi sebahagian lembaran baru dalam hidup aku. Hiruk pikuk nya nanti bakal sebati dan melarut di dalam kelaziman aku.
Masyarakat dan dunia nya yang sentiasa hidup bakal menjadi sebahagian kehidupan aku. 

Iya.....

Kementerian Pertahanan.
Bakal mencoret cerita aku bersama nya. Kesukaran dan kepayahan aku meredah bumi Kuala Lumpur ini sendirian menghembus kan kekuatan. Ya, aku kuat bersama doa bonda dan semangat dari sekeliling. Terima kasih semua.

MINISTRY OF DEFENCE



P/S: Aku mahu menjadi yang terakhir mengucap kan selamat ulang tahun buat kamu.


Selamat ulang tahun yang ke-23  Mr. Army


Salam.

Tuesday, May 3, 2011

KISAH KEHIDUPAN

Salam,

Hye reader and mylittleheart. 

Mengenai kehidupan. Biasa lah manusia dan ragam kehidupan. Pelbagai aksi dan kerenah. Ada yang jiwa nya selembut kapas, mungkin jua sekeras batu dan kadang-kadang seperti serakah nya haiwan. 

Manusia oh manusia.

Selagi yang namanya itu manusia, pasti lah masih begitu rentak nya. Sabar lah. Kehidupan pelbagai rona dan gaya yang sentiasa bermain dengan retorik yang memening kan kepala. Ada saja kisah kehidupan yang tercetus di sekeliling. Buaian takdir beraksi untuk mengajar manusia erti redha, masalah mendatang mengukir ketabahan, kesakitan menghembus kan kesabaran. 

Manusia dan kehidupan.

Cerita nya pasti lah saling berkaitan. Kemanisan sebuah kehidupan perlu kan harga sebuah pengorbanan.

Tidak salah berlembut lidah. Tidak naif bersifat santun. Tidak kejam jika menjauh demi menyelamat kan sekeping hati dari terus terluka. TIDAK.

Kehidupan itu antara dua pilihan. Tiada yang ketiga. Bahagia hanya berpasangan bersama duka. Pilih lah. kesedihan lawan nya kegembiraan. Pilihlah.Mahu kemenangan berbanding kegagalan juga pilihan. Pilih lah.

Kehidupan.

Asas nya memang begitu. Pilihan. Makanya teman-teman, laku kan lah pilihan yang menyebelahi hati sendiri. Senang kan lah hati sendiri. Tiada siapa yang memahami jika kita menjeruk rasa, menahan derita. Kerana kesakitan yang bersifat dalaman tanpa luka yang kelihatan ini hanya kita yang merasa. Bahagia juga kita yang nikmati adrenalin nya. 

Maka, pilih lah bahagia. Itu hidup kita. Warnai lah sendiri bersama leret awan yang menyenang kan supaya selepas terik nya mentari yang membahang tubuh, selepas menggila nya sang hujan menimpa bumi, selepas menggulung nya badai menghempas pantai, semoga saja TUAN BESAR sudi menghadiah kan pelangi pelbagai warna yang menceria kan perjalanan kehidupan insan.


Kak yam sayang, jangan nangis=)

Cik ain sayang, jangan sedih=)

Sebab, cik yaya ada to give you full hearted love




P/s: To my friend that was confessed about his journey, dont ever to be worry. I will always pray for you. You can endure those thing and figure it out soon. Sabar.
Untuk adik sayang, Asnizan Muksin: HAPPY BIRTHDAY SAYANG.


Salam.

Monday, May 2, 2011

JANJI KITA

Salam,

Janji aku, bakal ada limitasi antara kita. Aku tidak rela sebenar nya. Kamu tidak mendesak malah meletak kan aku di suatu sudut yang istimewa. Terima kasih. 

Aku memang keanak-anakan. Selalu menguji kesabaran.

Janji kamu, aku punya tempat istimewa. Itu sudah memadai sebenarnya. Wajar lah kata kamu tidak mahu berjanji bulan dan bintang. Tidak mahu aku kecewa. Terima kasih.

Kamu memang istimewa untuk dilepas kan. Aku sahaja yang tahu apa istimewa nya kamu.

Awak nak lari ke? lari laa.. Pasti kan kembali. Saya tunggu  



Atau pun kita berlari seiringan. Setuju?




Salam.