Salam,
setiap perkara antara kita jarang dirancang. Baik aku mahupun kamu.Setiap itu jua lah ia meninggalkan kesan manis yang sukar ditafsir.
Rupanya, kemanisan sesuatu itu bila ia berlaku tanpa dirancang dengan perancangan manusia yang entahkan jadi entahkan tidak. Biar soal penentuan itu, serahkan pada ALLAH untuk memainkan peranan.
Kehadiran dia kemari tidak dirancang. Aturan Tuhan jejak kali keduanya kesini. Keteratak bonda tercinta. Si gadis masih dalam mimpi. Mamai mendengarkan khabar kedatangannya. Lantas si gadis bersetuju tanpa sebarang persiapan rasmi kononnya.
Tidak mengapa. Jika ikhlas hatinya mahu kemari, apa jua situasi pasti dia redha. Ini realiti sebenar teratak bonda. Sarat penghuni, sarat ragam, dan yang pasti ini lah syurga kami. Seadanya. Sesuai menurut kemampuan saat ini.
Kali ini ketibaan nya disambut oleh si gadis. Bonda pulang bersama abang tepat dengan kehadiran dia. Juga perkara itu tidak dirancang. Takdir Tuhan yang menentukan. Serentak itu juga, azan maghrib berkumandang. Maka, itu petanda sujud seorang hamba kepada Tuan. Juga tanda bakal ada yang akan diuji sebagai imam kami. Ya, itu aku pasti.
Pernah abang aku berjanji, andai dia hadir ke rumah nanti, perkara pertama dan utama yang akan menjadi neraca penilaian, samaada dia bersedia atau tidak untuk jadi imam kepada aku.
Syahdu menyelinap kedalam hati. Dia mengimamkan kami. Menjadi imam kepada bonda, menjadi imam kepada wali-wali aku. Kami bersama mengaminkan doa yang dibaca. Serentak itu aku berdoa didalam hati,
"YaALLAH, yang maha mengetahui hati kecil hamba. Aku mohon. kekalkan jodoh kami.Satu kan kami didalam ikatan pernikahan yang menghalalkan kami untuk saling mencintai. Campakkan rasa kasih sayang didalam hatinya untuk mengasihi ma serta keluarga aku Ya ALLAH"
Saat dia tunduk mencium tangan wali-wali aku, saat dia tunduk mencium tangan bonda, itu merupakan saat paling manis untuk dikenang. Sungguh.
7 November 2011, Aidiladha 1432 hijrah
Wassalam.
.
No comments:
Post a Comment