Sunday, May 15, 2011

DUNIA BARU

Salam,

Dunia baru buat aku.


Selamat menjadi warga Kuala Lumpur Cik Rogayah Bt Ghozi

Aku berkelana bersendirian di daerah asing. Bukan wajah kebiasaan buat aku. Hidup dan kehidupan baru aku bermula tepat jam 8.00 PM, hari sabtu bersamaan 14 Mei 2011.

Terpancar kebimbangan bonda dari setiap tingkah nya. Tutur nya. Reaksi nya. Bonda sayang, aku tahu kamu khuatir kan keselamatan aku di bumi asing. Percaya lah. Aku akan berusaha menjaga sebaik nya bekalan amanah kamu.

3 perkara:

1) Jaga solat
2) Jaga budi bahasa
3) Jaga maruah diri

Pesan si dia, hati-hati dan jaga diri. Berkali-kali titipan pesanan itu mengiringi pesanan ringkas nya. Terima kasih kerana prihatin.

Kata teman yang sangat ku kasih, biar kan kita berjauhan. Mungkin ini mengajar erti sayang antara kita. 

Hmm.....

Kuala Lumpur.
Bakal menjadi sebahagian lembaran baru dalam hidup aku. Hiruk pikuk nya nanti bakal sebati dan melarut di dalam kelaziman aku.
Masyarakat dan dunia nya yang sentiasa hidup bakal menjadi sebahagian kehidupan aku. 

Iya.....

Kementerian Pertahanan.
Bakal mencoret cerita aku bersama nya. Kesukaran dan kepayahan aku meredah bumi Kuala Lumpur ini sendirian menghembus kan kekuatan. Ya, aku kuat bersama doa bonda dan semangat dari sekeliling. Terima kasih semua.

MINISTRY OF DEFENCE



P/S: Aku mahu menjadi yang terakhir mengucap kan selamat ulang tahun buat kamu.


Selamat ulang tahun yang ke-23  Mr. Army


Salam.

Tuesday, May 3, 2011

KISAH KEHIDUPAN

Salam,

Hye reader and mylittleheart. 

Mengenai kehidupan. Biasa lah manusia dan ragam kehidupan. Pelbagai aksi dan kerenah. Ada yang jiwa nya selembut kapas, mungkin jua sekeras batu dan kadang-kadang seperti serakah nya haiwan. 

Manusia oh manusia.

Selagi yang namanya itu manusia, pasti lah masih begitu rentak nya. Sabar lah. Kehidupan pelbagai rona dan gaya yang sentiasa bermain dengan retorik yang memening kan kepala. Ada saja kisah kehidupan yang tercetus di sekeliling. Buaian takdir beraksi untuk mengajar manusia erti redha, masalah mendatang mengukir ketabahan, kesakitan menghembus kan kesabaran. 

Manusia dan kehidupan.

Cerita nya pasti lah saling berkaitan. Kemanisan sebuah kehidupan perlu kan harga sebuah pengorbanan.

Tidak salah berlembut lidah. Tidak naif bersifat santun. Tidak kejam jika menjauh demi menyelamat kan sekeping hati dari terus terluka. TIDAK.

Kehidupan itu antara dua pilihan. Tiada yang ketiga. Bahagia hanya berpasangan bersama duka. Pilih lah. kesedihan lawan nya kegembiraan. Pilihlah.Mahu kemenangan berbanding kegagalan juga pilihan. Pilih lah.

Kehidupan.

Asas nya memang begitu. Pilihan. Makanya teman-teman, laku kan lah pilihan yang menyebelahi hati sendiri. Senang kan lah hati sendiri. Tiada siapa yang memahami jika kita menjeruk rasa, menahan derita. Kerana kesakitan yang bersifat dalaman tanpa luka yang kelihatan ini hanya kita yang merasa. Bahagia juga kita yang nikmati adrenalin nya. 

Maka, pilih lah bahagia. Itu hidup kita. Warnai lah sendiri bersama leret awan yang menyenang kan supaya selepas terik nya mentari yang membahang tubuh, selepas menggila nya sang hujan menimpa bumi, selepas menggulung nya badai menghempas pantai, semoga saja TUAN BESAR sudi menghadiah kan pelangi pelbagai warna yang menceria kan perjalanan kehidupan insan.


Kak yam sayang, jangan nangis=)

Cik ain sayang, jangan sedih=)

Sebab, cik yaya ada to give you full hearted love




P/s: To my friend that was confessed about his journey, dont ever to be worry. I will always pray for you. You can endure those thing and figure it out soon. Sabar.
Untuk adik sayang, Asnizan Muksin: HAPPY BIRTHDAY SAYANG.


Salam.

Monday, May 2, 2011

JANJI KITA

Salam,

Janji aku, bakal ada limitasi antara kita. Aku tidak rela sebenar nya. Kamu tidak mendesak malah meletak kan aku di suatu sudut yang istimewa. Terima kasih. 

Aku memang keanak-anakan. Selalu menguji kesabaran.

Janji kamu, aku punya tempat istimewa. Itu sudah memadai sebenarnya. Wajar lah kata kamu tidak mahu berjanji bulan dan bintang. Tidak mahu aku kecewa. Terima kasih.

Kamu memang istimewa untuk dilepas kan. Aku sahaja yang tahu apa istimewa nya kamu.

Awak nak lari ke? lari laa.. Pasti kan kembali. Saya tunggu  



Atau pun kita berlari seiringan. Setuju?




Salam.




Saturday, April 30, 2011

HANYA 25

Salam,

25 April, 11.24 pm. Terima kasih kamu untuk sebaris ayat. Aku cukup menghargai. Biar masa yang menentu kan takdir yang tersurat berpihak atau tidak untuk kita.

                                 Comel kan? Ehe...=)



Thursday, April 28, 2011

BELUM TERHENTI

Salam,..

mylittleheart sayang. Rindu. Maaf ya. Kamu seolah hadir tatkala aku pilu dan tempat meluah kan buntu. Dahsyat sikap tuan mu. 

Luahan...

 Aku menekan aksara di papan keyboard sambil mendengar lagu.

"peluk lah diri ku dan jangan kau lepas kan ku
dan jangan kau lepas ku dari mu"

Kemudian lagu kedua menyusul.

"setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung aku selalu
memikir kan mu"

Kemudian,

" Suara dengar kan lah aku, apa khabar nya pujaan hati ku
aku disini menunggu nya masih berharap didalam hati nya"

Sudah..!

Jangan dengar lagi jika ia hanya merobek hati, meyesak kan akal rasional.
Istigfar..

Bukan perihal dia saja yang membuat tidak keruan rasa. Tidak. Tentang dia, dia merupa kan antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup. Cuma, kamu jangan biar kan sehingga aku lelah menunggu. Mungkin jika itu terjadi, bisa sahaja aku berlalu pergi membawa diri. Tolong jangan terlewat. Aku masih setia menunggu kamu sehingga suatu tempoh yang RABBI tetap kan.

Jangan biar sehingga hati dan rasa ini mati.


selagi ada rasa
Aku pilu. Kaki terasa lembik tatkala menapak keluar dewan peperiksaan. Buntu seketika. Seolah bumi hanya ada aku sahaja. Saat yang berputar hanya ada aku semata. Sungguh. Aku tahu aku boleh menjawab dengan baik. Mengapa tidak terlakar langsung apa ku ekspresi di dalam minda? Jumud semua. Sebak. 


Waktu ini sebenar nya mahu menilai di mana sifat ubuddiyyah sebagai hamba. 
Jika mahu ukur samaada ALLAH redha atau tidak, lihat pula aku redha dengan takdir ILAHI atau tidak. ohh.. Jauh. Malu. Ku sapu air mata. Kembali senyum. Mahu kuat. Biar lah yang sudah berlalu. Pesan bonda, jangan menangis. ALLAH menguji mu. Aku cinta kan kamu bonda. Peluk aku erat-erat bonda sayang. Aku perlu kamu. Dakapan kamu bisa menghilang bisa dan sengsara di jiwa. Kata bonda, SALAH!..

ALLAH yang selayak nya menjadi pengubat jiwa kamu.

Oh, khilaf. Terima kasih Bonda. Aku terlupa. Manusia sifat nya leka. Maaf kan aku ALLAH.

Baik, untuk yang seterus nya, aku akan mencuba sekuat tenaga. Kemudian, aku akan ajar hati tawakal dan redha sepenuh jiwa. Aku cuba. 


semua impian aku letak kan di dalam munajat lirih yang berpanjangan

Salam.




Wednesday, April 20, 2011

SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu 

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang 
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya 

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu 
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Untuk adik-adik oratorian yang di sayamgi


Thursday, April 14, 2011

LAKARAN DEBAT INTEGRITI 2011

Salam,

mylittleheart sayang, selamat pagi. Selamat pagi cik Rogayah Bt Ghozi. Selamat pagi semua. =)

Mood: Ceria =)

Semalam tidur di temani cik Ain. Tak ada la keseorangan seperti selalu. =)
Terlambat namun tidak lah terlalu lewat jika baru hari ini nak upload gambar sepanjang integriti=)
Mahu di abadi kan di dalam ruangan mylittleheart. =)



Aku sememang nya rela menjadi tawanan  debat
~I DO LOVE DEBATE~

Kalian terbaik
(ADIB,ABG BOB,AIN&YAYA)

Sekitar suasana roll call


Jauh lagi perjalanan. Moga kita bertemu di mana-mana persimpangan=)


Pinjam ye cik Ain gambar yang kamu telah edit=) . Aku sudah punya pilihan=)
Mudah-mudahan

Biar siapa pun dia, aku tidak tahu mengapa tidak boleh pergi dari nya.
Ketahui lah, kamu teman terbaik



Segar dalam ingatan. Abah dan kenangan kasih ku.
Sentiasa bersama 'dia'


Perjalanan ke dewan roll call UUM, Sintok


Ma, izin kan lah aku mahu jadi peguam. Plzzzz
 
Tahniah MMU VS USIM

  
Pertama kali berbaju pink=)


Kenangan... Meskipun banyak perkara lain lagi yang bakal di tempuh, bakal mencipta pula kenangan baru, ia tidak sama dengan apa kita dapat sebelum nya. Adakala aku merasa kan tidak perlu kepada kenangan. Tetapi tidak untuk yang seindah ini. Aku sayang kan kenangan yang ini. Aku kasih kan debat. Terlalu....

Wassalam.