Sunday, October 30, 2011

SUKAR

Salam.

~Saya hargai setiap pengorbanan~
sedang memjalani situasi sukar. andai kamu tahu apa yang sedang rancak memalu seluruh urat saraf aku saat ini.

Sudi dan bisakah kamu fahami?
Aku fikir tidak. Bantulah aku melepasi situasi sukar. Jangan begini. Jangan menjadi penambah bisa yang merobek deria rasa didalam dada. Tolonglah kamu.

Berikan aku masa. Masa untuk mengemudi situasi sukar ini. Aku dan dunia yang aku cintai ini belum boleh berpisah. Belum.

Itu tidak membawa makna kamu itu soal sampingan. Salah fikiran kamu. Salah. Kamu sebahagian dari deria rasa aku. Masakan itu antara deria yang terpenting boleh menjadi soal sampingan?

Aku tidak mahu membentak. Aku tidak mahu menangis. Cukup-cukuplah.

Cukuplah sekadar kamu tahu aku mencintai kamu. Andai masih ragu, maaf kan aku. Aku tidak mampu mencari dan menunjukkan kamu, inilah percaya. Ambil sebagai pegangan. Andai ada...... Sudah pasti aku jejaki untuk diberikan kepada kamu. Ia memerlukan deria rasa kamu pula. Rasa kan dengan hati kamu, adakah aku berbicara jujur ataupun berdusta.

Itu sahaja pesan aku buat kamu.

The sun is out - the sky is blue
there’s not a cloud to spoil the view
but it’s raining - raining in my heart
The weather man says clear today
he doesn’t know you’ve gone away
and it’s raining - raining in my heart
Oh, misery - misery
what’s gonna become of me
I tell blues they musn’t show
but soon these tears are bound to flow
cause it’s raining - raining in my heart
But it’s raining - raining in my heart


Wassalam.

Saturday, October 29, 2011

DEBAT PENDETA II

Salam,

Team PENDETA 2011
Nadzely, Husaini , Rozila & Rogayah Ghozi
ini yang dinamakan rezeki. kemanisan ganjaran ALLAH setelah melalui saat-saat getir membuat keputusan. konflik yang terjadi bukan salah siapa-siapa. Aturan tuhan semuanya. Manusia, mampunya hanyalah mengikut rentak caturan tuhan. Itu kan janji seorang hamba.

Ya, 
perit untuk melepaskan salah seorang ahli pasukan debat PENDETA. Tetapi demi kepentingan UniSZA, kami sepasukan merelakan pemergian pendebat PENDETA untuk memenuhi kekosongan pasukan debat yang lebih berprestij. Kami kuat dengan apa yang kami ada. Biar ada ketika, sudah letih dan malas mahu berbuat apa-apa.

Debat dan konflik. Seolah-olahnya teman baik. 

Jawapan segala kegusaran adalah redha. ya. Redhakan keadaan, redhakan keinginan teman. Tersenyumlah dengan semua keadaan. 

Ucapkan syukur kepada ALLAH, dan terima kasih kepada mereka yang mendukung perjalanan team PENDETA edisi pantai timur.

Sisi perjuangan sukar pasukan PENDETA bermula dari awal lagi. Hanya 2 sidang penentuan berdasarkan sistem braket kumpulan. Sidang yang berlangsung tidak sama dengan debat-debat sebelumnya dibawah Majlis Debat Malaysia. Sangat berbeza. 


Saat getir berlalu.
Sidang suku akhir menemukan unisza dengan pasukan UMP B.
Kerajaan: UMP B
Pembangkang: UniSZA
Juri: supreme
margin:  2
Usul: Ditolak 


Sidang separuh akhir menemukan UniSZA dengan pasukan USM A
Kerajaan: UniSZA
Pembangkang: USM A
Juri: 2 - 1
Margin: 2.33
Usul: Diterima

 
Sidang final menemukan UniSZA dengan pasukan UMK 
Kerajaan: UniSZA
Pembangkang: UMK
Juri: 3 - 0
Usul: Diterima


Rezeki memihak sekali lagi kepada UniSZA. 2 piala kejuaraan pantai timur menjadi milik kita. Mudah- mudahan diperingkat IPTA kita berjaya menembusi tembok final yang masih lagi kita dambakan. InsyaALLAH.

Nota: Rezeki, ketentuan, dan takdir... segalanya milik ALLAH. Percayalah. Kecam lah aku. Aku sudah tidak kisah biar apa kata mereka. 

Terima kasih ALLAH. Terima kasih abah dan ma. Terima kasih keluarga. Terima kasih teman seperjuangan PENDETA. Terima kasih Oratorian. Terima kasih dearie. Terima kasih semua.

~Ehsan gambar dari kamera Abang Bob.
Sewaktu final PENDETA kami tidak punya kamera khusus untuk merakam detik terindah.
maaf oratorian~




Wassalam.



Wednesday, October 12, 2011

SENYUMAN

Salam,

~Senyum cik Yaya. Biar pun payah~
seulas bibir masih membentuk ukiran senyuman. perasan dan desis hati, ini hak semua. Apa dosa mereka mahu dihadiahi dengan memek wajah yang mencuka lantaran kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik demi untuk mententeramkan gejolak yang hebat menampar sisi hati kecil

Ya.
Meraka tidak bersalah. Bersabarlah. Jangan ingkar firman Tuhan. Sabar itu membawa bersama hikmah yang manis. Mesti selalu ingat pesan bonda. Sabar itu subur.

Bersabarlah hati menelan kepahitan demi menghirup kemanisan kelak. Sabarlah hati. Sabarlah.

Wassalam.


Monday, October 10, 2011

THE BEAUTIFUL OF YESTERDAY

Salam,

sangat rindu untuk menulis diruangan mylittleheart namun ralat. Tidak punya waktu yang bersisa terlalu banyak. Ada. Ya, benar pasti ada dicelah-celah kesibukan itu satu waktu yang boleh diperuntukkan untuk menaip barang sebaris dua ayat. Sayang, waktu yang berbaki itu jua masih punya tuntutan komitmen lain untuk dipenuhi.

~nice editing dearie. Thanks~

The beautiful of yesterday.
Suatu waktu yang bersisa ntuk diluangkan. Pasti ada tuntutan yang terkorban. Hidup itu pilihan. Pilihan yang mana harus terdahulu dan yang terkemudian ataupun yang mana harus terkorban. 

Saat aku memilih untuk ada yang terkorban, sebenarnya aku jua turut terluka sama. Banyak kemahuan hati yang tidak mampu aku penuhi.

Adat.
Fitrah insan normal. Tiada kesempurnaan yang bisa dihidangkan. Pasti ada yang dangkal. Pasti ada yang kurang. Itu jua tingkah aku. 

Tanya sama hati.
Adakah aku merindui the beautiful of yesterday? 

The answer is absolutely yes. Yes. And yes.

Wassalam.


Thursday, September 22, 2011

KISAH HATI WANITA 2


Salam,

seawal pagi usai solat subuh.
Aku benar-benar teruja mahu tahu apa titipan kata-kata dari yang tersayang sebelum kaki melangkah pergi. Kata teman ada pesan nya. Kononnya aku mahu lihat dorongan semangat.

Sedikit hampa.

Diburu keliru bercampur terkilan. Apa sebenarnya mahu hati nya? Aku siapa? Bermakna atau sekadar hadir mengisi keperluan hati yang diburu kecewa kesan masa lalu?

Aku keras kan hati. Jangan menangis! Berilah masa padanya menyelami hati. Melayan kecewa. Memujuk rajuk. Merawat sakit. Aku mahu berikan hak itu.

Ambillah sebanyak masa yang diperlukan. Silakan.

Hanya satu. Aku ini punya hati wanita. Bukan sekeras batu. Lembutnya ibarat kapas. Andai sudah dicarik berkali-kali, bimbang ia terlerai jua akhirnya lantas bertebaran mengikut arah angin yang bertiup. 

Kamu yang disayangi.
Aku sudah bersedia memberi kamu ruang. Ruang untuk mencari hati. Memahami rasa. Adakah benar aku menghuni hati kamu atau sekadar pelengkap ruang kosong yang ditinggalkan. Cari lah masa merasai damai tanpa aku. Hilang kan keliru yang menyelirat dibenak pemikiran. Mudah-mudahan ada jawapan.

Aku tidak membenci.
Aku tidak pernah bercadang mencintai untuk kemudiannya membenci. Hanya pesan ku. Andai ruang yang aku sedia tinggalkan buat kamu menjadi jurang. Lantas jurang itu memisahkan antara dua hati. 
Itu bukan tanda aku tidak kasih. Tetapi tanda aku mahu kamu lebih bahagia tanpa aku. Mungkin kehadiran aku hanya menambah keliru. Antara benar-benar cinta atau sekadar mengisi ruang hati. 

Aku jua wanita.
Dalam sabar, terkadang aku juga terasa terluka dengan semua yang terjadi. 

Walaupun aku disisi setia menemani, kamu masih jua tidak meleretkan hatta sekuntum senyuman. Aku ternanti-nanti. Terima kasih untuk segala-galanya. 

~Seakan istana cinta yang diimpi sekadar mimpi.
Jauh dari gapaian tangan.
Kasihan kan?~


 Wassalam.



Friday, September 16, 2011

HARI JUMAAT.

Salam,

tidak wajar sebenarnya seorang blogger memberitahu bahawa dia tidak ada idea. Tapi aku mahu akui. 



Ya.
Aku meraba-raba mencari idea untuk menulis. Maka, terhasil lah barang sebaris dua ayat. 

Baiklah,
write off!!!

Wassalam.


Monday, September 12, 2011

CERITA SYAWAL 1432 HIJRAH

Salam,

Sedikit terlewat namun belum terlambat. Selamat hari raya buat pengunjung mylittleheart.

~Syawal 2011~
Masih tetap tidak cukup 11 orang

Syawal hari pertama:

Tiada yang seronok seperti tahun-tahun yang dahulu. Tahun pertama tanpa atuk, tahun kedua tanpa abah. Sepi. Sungguh. Tiada yang istimewa. Kasihan bonda. Kami berusaha membahagiakan hatinya. Bawa kemana sahaja yang diingini olehnya.

Syawal keenam:

Kehadiran si dia bersama ayah dan ibu serta adik-adik. Sebenarnya tidak merancang secara teliti. Si dia sememangnya suka kan  kejutan. Kehadirannya tidak bersambut seperti yang diharapkan olehnya. Kekasih hati masih berbaju tidur sedang memasak dan mengemas rumah. Kasihan. Sabar mereka menanti bagaikan menunggu puteri lagaknya. Maaf sayang. Maaf juga ayah dan ibu. Maaf adik-adik.

Syawal Kedua belas:

Sudah menjejaki bumi UniSZA. Terasa asing. Terpaksa menumpang. Keculasan diri yang kurang cakna menjerat diri. Tiada dalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Sedih. Mujur masih ada idea bagaimana mahu membolehkan ada juga tempat penginapan. Terima kasih ALLAH.

Esok. Permulaan misi menuntut ilmu di semester 5. Sudah ditahun akhir rupanya. Pantas masa berlari. Sudah bersedia cik Rogayah Bt Ghozi?

Wassalam.