Saturday, March 10, 2012

ANAK SYURGA ATAU NERAKA?

Salam,

meruntun hati. Gagal menahan sebak. Meremang bulu roma. Menggigil tubuh. Ini perbuatan anak syurga atau neraka?

ALLAH! Aku seru nama MU didalam hati. 

Berapa lah sangat hayat orang tua tidak berdaya ini. Berapa lah sangat ya ALLAH. Kenapa dibuang-buang bagai sampah?

Bumi memang sudah tua. Manusia sememangnya gila! Manusia sememangnya sudah buta menialai kasih sayang dan dimana syurga mereka.

Aku ulang tayang demi untuk memahami luahan hati seorang ibu tua yang dibuang anak sendiri di hotel budget. Tangisannya tulus. Tangisan seorang ibu tua yang kebingungan mengapa dia ditinggalkan. Tangisan ketakutan. Tangisan mengekspresi kepedihan hati tua nya. 

"Sampai hati kau anak! "

Kulitnya yang berkedut seribu. Pelupuk matanya yang sayu. Tangisan mendayu-dayu. 

Apalah daya ibu tua. Apalah daya seorang ayah yang sudah dipenghujung usia. Apalah daya mereka ALLAH.

Buka lah pintu hati mereka-mereka yang menzalimi 'wali-wali keramat' ini ALLAH.

Semoga mereka menjadi anak syurga. Jauhkan kami semua daripada menjadi anak yang menempah nerakaMU ALLAH.



Wassalam


Thursday, March 8, 2012

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2012

Salam,

Selamat pergi dan selamat kembali oratorians yang menghadiri pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012.

Semoga ALLAH merahmati dan melindungi perjalanan kalian. Maaf tidak dapat bersama-sama dengan kalian. Kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Selamat berjuang buat Fathiah Ibrahim yang membawa cabaran akhir dan nama Malaysia untuk peringkat Nusantara. 

Semoga fasih lidah anda. Semoga beroleh kejayaan dengan izin Tuhan. Amiiin.



Wassalam.


Monday, March 5, 2012

BOLEH MAAFKAN SAYA?

Salam,

aku terbangun dari tidur dalam keadaan tersentak. Nama aku diseru kuat. Kerling jam yang melingkar ditangan. 

7.04 PM. 

"Apa ni kak? Kenapa Bagi kat yaya?"

Soalan aku dijawab sambil kakak yang memberi menapak keluar bilik. Aku termangu. Kondisi tubuh benar-benar kepenatan seperti usai berlari keliling stadium. Badan sungguh-sungguh dalam keadaan kesakitan. 

Meraba sekitar tempat aku berbaring. Mencari hp. Aku taip aksara pada keypad dengan lemah. Ada ucapan yang perlu aku berikan. 

" Abg.. knpa ni? wtpe sush2.." 

Beep hp berdering selang seminit isyarat pesanan baru di inbox. 

" Bgn la. Da maghrib. Abg y sush kn kak mas"

Message seterusnya masih bernada pesanan. Prihatin dalam kesabaran. Walaupun aku tahu hati nya terluka. Aku punca lukanya. 

Bersusah payah dia mencari segala cara untuk menyelesakan aku agar kesakitan aku berkurangan. Bimbang dia seperti bonda. Balasan atas keprihatinannya tengahari tadi? 

Aku membentak. Aku gagal untuk bersabar melayani pasang surut emosi dia. Aku hilang toleransi untuk memberi ruang dia mengahapus kenangan. 

Kesabaran dia aku hadiahi dengan kegagalan aku mengawal emosi. Maaf kan ya....

Setelah mampu bertenang. Setelah mampu berfikiran lapang. Satu suara kecil bergema kuat dari dari hati kecil. Sewaktu aku berusaha menelan makanan yang bersusah payah diberikan kepada aku. Sekalipun sebenarnya perut tidak mahu.

"Aku cinta kan dia ALLAH. Andai ENGKAU izinkan, aku benar-benar tidak mahu berpisah darinya. Ajar kan aku sabar ALLAH. Ajar aku bertenang."


Kemarahan aku mati. Mati dek tersimbah kesabaran dan keprihatinan dia. Aku gagal untuk menyemai marah yang lama. GAGAL sama sekali. 

Kerana apa?

Kerana dia yang aku mahu sebagai imam aku. Dunia dan akhirat. Terima doaku ALLAH.

Maafkan ya


Wassalam.


Friday, March 2, 2012

COOLPIX vs FIRST PICTURE

Salam,

11.39 P.M

01 Mac 2012


Coolpix ini kami kongsi. Saling berkongsi manafaat. Terima kasih daun Keladi. 

Gambar pertama dari Coolpix untuk mylittleheart



Wassalam.


Saturday, February 25, 2012

ISTIMEWA

Salam,

Seutas jam tangan Casio. Dia sememangnya penuh dengan kejutan. Reaksinya bila kekasih hati bercerita kesedihan gagal dikesan. Tetapi dia menyimpan setiap bait kata-kata jauh disudut hatinya. 

Aku mencintai kamu. Seadanya kamu.

Jelas,  bukan kerana harta. Ini wajib kamu tahu.

~Rado tiruan yang terputus  berganti Casio yang original
Itu bukan yang saya mahu. Cukup hanya sayang seadanya~



"Abang tahu yang abang bagi tak sama macam yang awak punya, tapi abang harap awak terima seadanya."

Jangan marah bila saya menjadi gadis paling cengeng. Mudah mengalir air mata. 

Mukhlisahminnie: 24 februari 2012.

Dia pulang kesini tanpa pengetahuan aku. Perasaan yang hadir sedikit ganjil. Gembira bercampur sayu. Mengapa begitu? Aku tiada jawapan.

Wassalam.


Wednesday, February 15, 2012

UNTUKMU WANITA

Salam,

tersurat jaminan Tuhan. Jelas dicatat dalam kalam suci. Janji ketaatan isteri itu imbalannya syurga. Mereka bebas memilih laluan yang mana untuk menghuni syurga Tuhan.

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu kelebihan daripada isterinya, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
 (Al-Baqarah : 228)

“Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia, melainkan pasangan suaminya dari bidadari di syurga akan menyatakan, "jangan kau sakiti dia, semoga Allah memerangimu (kata celaan), kerana dia berada disisimu sebagai pendatang sementara yang hampir saja dia memisahkan diri darimu dan datang kepada kami (bidadari syurga)”
(HR Tarmidzi dan Ibnu Hibban), dihasankan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.

Dalam Hadith Bibi Husain, “Aku datang kepada Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam pada kerana ada keperluan. Rasulullah bertanya, "apakah engkau mempunyai suami ?", wanita itu menjawab “Iya”. Rasulullah bertanya, “Bagaimana keadaanmu terhadapnya ?”, “Aku selalu metaatinya dan melayaninya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu melakukannya”, “Maka lihatlah dimana tempatmu di sisinya, kerana sesungguhnya suamimu adalah syurgamu dan nerakamu” 
 (HR An-Nasai, Imam Akhmad). Dinyatakan bersanak jayid oleh Syaikh Al-Albani menukil pernyataan An-Nasa'i dan Imam Ahmad.

Wanita. Kalian mulia disisi Tuhan. Tanggungjawab kalian terhadap suami bukan bebanan sebaliknya kurniaan diatas keistimewaan ciptaan kalian. Lembut namun kental dan tabah hakikatnya. Percayalah. Gelaran suci sebagai ISTERI itu amanah terindah. Syurga gantinya atas nilai ketaatan kalian. 

Semoga ALLAH merahmati sekalian isteri-isteri yang mentaati suaminya. Wallahualam.

Mukhlisahminnie: Ini sebenarnya dedikasi buat bonda. Biar bonda tidak membaca. Aku mengagumi ketaatan ma terhadap abah. Tulus.Selepas 34 tahun mereka melayari rumahtangga, hanya seminggu hayat abah berbaki sebelum meninggalkan ma buat selama-lamanya abah melafazkan, 
"ma ni sebahagian daripada abah. Menyakitkan ma sama seperti sakitkan abah"

MasyaALLAH. Lafaz keramat itu hanya selepas 34 tahun bersama. Syahdu. Setiap kali rindu abah, ma pasti mengulang sebut kata-kata akhir itu. Semoga bonda ku dikasihi ALLAH. 

~kak ya doakan mahligai cinta yang kalian bina berkekalan dengan redha ALLAH
Tahniah buat kak Azah kerana menyandang gelaran mulia sebagai isteri
Tahniah abang jang atas pernikahan kamu.
Selamat melayari bahtera amanah dunia akhirat
5 Februari 2012~

Wassalam.


Tuesday, February 14, 2012

HATI SAYA SAKIT

Salam,

Ini pengakuan tulus. Saya sedang sakit hati. Bukan penyakit yang boleh diterjemah oleh alat perubatan ataupun sebarang doktor. 

Astaghfirullahadzim....

Aku mohon ampun ALLAH. Hati aku sakit. Hati aku terpalit kotor. Aku ingat Sabda Nabi junjungan. Mendoakan yang terbaik supaya Malaikat mengangkat doa seraya mendoakan kembali hamba yang meletakkan doa yang terbaik sesama muslim. 

Mukhlisahminnie: Ya Rahim...Bahagiakan ayahnda dan nenda hamba dialam barzakh sana. Luaskan pusara mereka sesaujana mata memandang. Bahagiakan hati bonda. Bahagiakan hati saudara sedarah hamba. Bahagiakan hati sahabat-sahabat hamba. Bahagiakan seluruh kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup mahupun yang telah pergi mendahului kami. ALLAH, bahagiakan jua hati hamba. Amiin ya Rabb.


Zikir untuk menenangkan hati,

"Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illa allah wa allahu akbar "

Wassalam.