Wednesday, June 22, 2011

ANTARA DUA DARJAT

Salam,

Antara dua darjat. Masih adakah penilaian picisan sebegini?

Ada.
Sangka ku hanya wujud di dalam panggung hasil nukilan seni Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Rupa-rupanya wujud dalam realiti.

Aku sudah memberi pesanan kasih.
Mungkin kamu penat atau tidak betah mendengar kerana aku akui ia berbaur leteran seperti seorang ibu yang tiada hak barang seinci pun keatas pergerakan dan hidup mu. Namun jangan lupa. Aku teman mu yang menjalin kan simpulan kasih yang kalian bina. Aku turut terpalit sama rasa bersalah andai ada yang khilaf terjadi. 

Untuk memujuk tangis mu aku tiada langsung daya. aku jua turt buntu melayan kelu lidah dari terus menasihati. Siapa aku untuk menyanggah autoriti seorang ibu yang berhak penuh keatas tubuh mu? Aku tidak boleh. 

Maka,
aku hanya mampu mencadang kan kamu berbincang bersama PEMILIK CINTA. Benar atau tidak langkah yang kalian tari kan. Jika benar, mengapa naluri ibu yang melahir kan menentang dengan tega perancangan kalian. Tiada redha. Maaf, yang itu aku punya sempadan yang sangat utuh daripada ku campuri urusan nya. 

Berdoalah, teman.
Doa kan senjata mukmin. Kamu pernah bercerita kepada ku kekuatan doa. Aplikasi kan lah.


Rintih lah seikhlas hati kepada
PEMILIK CINTA.
Pasti ada jawapan

Wassalam...

No comments:

Post a Comment