Sunday, June 12, 2011

BUAT KALIAN

Salam,

Aku mengucap syukur dalam tangisan yang tersedu-sedu. Kemudian tertawa pula sebab terlalu gembira. Kejayaan kalian tanpa diraikan oleh aku sendiri. Sekadar mendengar sayup-sayup dari jauh keputusan diumumkan. ALLAH sahaja maha melihat bagaimana ketua kalian ini rebah tidak mampu menampung tubuh sendiri yang terlalu lembik tidak terucap. Tahniah buat adik-adik yang disayangi.

Tahniah ketua kontijen yang kak ya lantik, Wan Zainuddin sebab berjaya menggalas amanah yang kak ya berikan. Afifah yang kerap memberi laporan. Semua adik-adik yang bertungkung-lumus Naim,Jang, Fatin,Zila, Zai dan Ida. Terima kasih sebab sudi menggalas amanah yang kelab dan kak ya beri kan. Tidak lupa buat abang senior yang merupa kan pengasas kelab tempat kita bernaung ini, Ahmad Burhan Sidqi. Terima kasih.

Kepada adik-adik yang telah berjaya menyahut cabaran kak ya, juga terima kasih sebab sudi membukti kan impian kita bersama yang dahaga kan pengiktirafan. Aku sangat sayang kalian. Pengorbanan dan airmata  berbayar dengan hikmah terindah
.
Ya, benar. Aku meluka kan banyak hati insan yang aku sayang.
Ma, Ain, dan ramai lagi insan yang menyayangi aku yang terguris dek kerana keghairahan aku memasti kan kalian berjaya. Telah aku dedikasi kan dan kongsi kan kejayaan ini bersama mereka. Mungkin mereka kurang memahami nilai yang aku ingin kongsi kan namun cukup aku puas. Maaf kan kegagalan aku menjadi adil terhadap kalian. Aku usaha kan lagi. Doa kan.

Terakhir,
buat manusia yang besar jasa nya kepada aku dan kelab kita ini. Manusia yang sanggup melatih kami tanpa sebarang imbuhan material. Mengenali kelebihan dan kekurangan kami. Tiada lain yang aku mampu beri kan selain seikhlas hati ucapan terima kasih Abang Syahmi. Terima kasih. Semua kesanggupan kamu tidak ternilai dengan sekadar ucapan ini. Usaha, masa, kehidupan peribadi. Moga ALLAH memberkati kehidupan kamu Abang Syahmi. Aku akan khabar kan kepada generasi selepas ini agar tidak lupa siapa orang yang bertanggungjawab melatih sehingga tercetus kejayaan UniSZA buat julung-julung kali. Terima kasih dari saya secara peribadi dan juga mewakili Kelab Debat Bahasa Melayu UniSZA.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment