Wednesday, June 1, 2011

INDAH NYA BILA MASJID ITU.......

Salam,

Selepas habis latihan jasmani di Stadium Mini Kementerian Pertahanan jam 8.00AM. 
Pantas kaki melangkah singgah di masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan untuk menukar baju. tiba-tiba minda ralit melakar ekspresi mengagumi ke indahan seni bina dan landskap nya. Saat melayan ralit nya fikiran, muncul rasa syahdu. 

Alang kah indahnya andai aku jua mampu membina masjid milik ku sendiri seindah ini nanti. 

Ya,
aku mahu kan masjid yang bakal ku bina nanti seindah seperti yang dapat ku tanggapi dengan mata tika ini. 


Subhanallah...
indah nya...
.

Aku merintih sayu dalam setiap sujud ku,
semoga sahaja bakal imam pada masjid ku nanti mampu mengemudi keindahan masjid yang terbina dengan penuh pengertian dan kecintaan terhadap Yang Maha Esa. 

Aku jua mengharap kan,
masjid yang terbina nanti bakal di hiasi dengan makmum-makmum yang soleh dan solehah yang juga bijak menghayati keindahan keiman terhadap Penciptanya Yang Maha Agung. 
 
Semoga keindahan masjid ku nanti bertambah seri nya
dengan kehadiran insan soleh & solehah

 
Ya Allah.
Perkenan kan rayuan nurani ku wahai Tuan Yang memiliki nyawa hamba. Kepada-Mu kuhampar kan puji-pujian, kepada-MU kusandar kan segala rintihan hati kecil ini.

Amiin....


No comments:

Post a Comment