Wednesday, June 22, 2011

ANTARA DUA DARJAT

Salam,

Antara dua darjat. Masih adakah penilaian picisan sebegini?

Ada.
Sangka ku hanya wujud di dalam panggung hasil nukilan seni Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Rupa-rupanya wujud dalam realiti.

Aku sudah memberi pesanan kasih.
Mungkin kamu penat atau tidak betah mendengar kerana aku akui ia berbaur leteran seperti seorang ibu yang tiada hak barang seinci pun keatas pergerakan dan hidup mu. Namun jangan lupa. Aku teman mu yang menjalin kan simpulan kasih yang kalian bina. Aku turut terpalit sama rasa bersalah andai ada yang khilaf terjadi. 

Untuk memujuk tangis mu aku tiada langsung daya. aku jua turt buntu melayan kelu lidah dari terus menasihati. Siapa aku untuk menyanggah autoriti seorang ibu yang berhak penuh keatas tubuh mu? Aku tidak boleh. 

Maka,
aku hanya mampu mencadang kan kamu berbincang bersama PEMILIK CINTA. Benar atau tidak langkah yang kalian tari kan. Jika benar, mengapa naluri ibu yang melahir kan menentang dengan tega perancangan kalian. Tiada redha. Maaf, yang itu aku punya sempadan yang sangat utuh daripada ku campuri urusan nya. 

Berdoalah, teman.
Doa kan senjata mukmin. Kamu pernah bercerita kepada ku kekuatan doa. Aplikasi kan lah.


Rintih lah seikhlas hati kepada
PEMILIK CINTA.
Pasti ada jawapan

Wassalam...

Monday, June 20, 2011

IT IS LIFE HERE PART 1

Salam,

Hye reader and my love mylittleheart.

just wanna share here my precious capture moment along my journey in Kuala Lumpur. Day after day till time its will be ended soon. so, chill to be shared here.

This is my housing area. Erk! annoyed just like in a cage
but this is fact to be accepted




Nearby KLCC,
just next to our 'CAGE'. Hehe


This is our department
Kor Agama Angkatan Tentera


First outsation!

The scenario in the program


Tiredness!

My practical mate, Shaliza.=)


My costume in Sirah Junjungan Theatre


Best teamate in Sirah Junjungan


Outing job,
persiapan perkahwinan anak Tan Sri Hamid, Menteri dijabatan Perdana Mneteri.

Secret Area,
membantu Sel Pengambilan menyelenggara surat permohonan
Perajurit Muda ATM


Berhampiran dengan KLCC.


Tekanan.
Penerapan nilai perlu berhati-hati dan jangan sampai tersilap ketika meneliti borang


Mejar Amir.
Pegawai Pengambilan Perajurit Muda ATM


Berlambakkan borang permohonan yang perlu di teliti?
arghh! tak larat..=)

Antara yang berjaya. Tahniah. =)


Persaraan Panglima ATM,
Tan Sri Azizan Zainal Arifin.








Memorable to be remmembered. Yes, i admit its really suffuocating me sometimes but i do loves the experiences there. Its make me adult how was they figure the solution out and luckily me there they were willingly to teach me about life. Infiniti experiences. 

Wassalam.



Sunday, June 12, 2011

TERIMA KASIH

Salam,

"Tahniah cik Yaya. 
Orang yang aku sayang sudah berjaya bukti kan 
yang dia boleh buat.
Aku sayang kamu."


12 Jun 2011
01.49 PM 


Dia memang tidak pernah mahu melafaz kan

Terima kasih. Aku bukan mahu apa-apa. cukup sekadar kamu menyokong perjalanan aku. Tidak perlu lebih. Aku hanya mahu kamu dengari tangis dan tawa aku. Itu sahaja sudah cukup memadai. 

Juga terima kasih,
aku diberi kesempatan mengenali keluarga kamu. Semakin mengenali kamu membuat kan aku semakin tidak  boleh pergi.
Namun usah terlebih sayang. 
Bimbang kelak menjadi racun. Aku sudah berserah kepada ALLAH. DIA perancang skrip terbaik serta pengarah terhebat. 

Aku tidak mahu kamu gusar. Aku tidak mengikat kamu. Terserah dalam memilih jodoh siapa kah gerangan puteri yang bertakhta dihati. 
Andai tersurat aku yang berjaya memiliki, pasti ku hampar kan sujud syukur kepada Ilahi. Aku yakin kepada ketentuan jodoh. Aku tidak henti menitip kan doa dalam solat dan sujud. Harap kamu jua begitu.

"Andai tersurat jodoh,
siapa yang mampu menghalang,
begitu juga andai takdir menidakkan impian,
ikat lah seerat mungkin,
pasti akan pergi."

Wassalam.




BUAT KALIAN

Salam,

Aku mengucap syukur dalam tangisan yang tersedu-sedu. Kemudian tertawa pula sebab terlalu gembira. Kejayaan kalian tanpa diraikan oleh aku sendiri. Sekadar mendengar sayup-sayup dari jauh keputusan diumumkan. ALLAH sahaja maha melihat bagaimana ketua kalian ini rebah tidak mampu menampung tubuh sendiri yang terlalu lembik tidak terucap. Tahniah buat adik-adik yang disayangi.

Tahniah ketua kontijen yang kak ya lantik, Wan Zainuddin sebab berjaya menggalas amanah yang kak ya berikan. Afifah yang kerap memberi laporan. Semua adik-adik yang bertungkung-lumus Naim,Jang, Fatin,Zila, Zai dan Ida. Terima kasih sebab sudi menggalas amanah yang kelab dan kak ya beri kan. Tidak lupa buat abang senior yang merupa kan pengasas kelab tempat kita bernaung ini, Ahmad Burhan Sidqi. Terima kasih.

Kepada adik-adik yang telah berjaya menyahut cabaran kak ya, juga terima kasih sebab sudi membukti kan impian kita bersama yang dahaga kan pengiktirafan. Aku sangat sayang kalian. Pengorbanan dan airmata  berbayar dengan hikmah terindah
.
Ya, benar. Aku meluka kan banyak hati insan yang aku sayang.
Ma, Ain, dan ramai lagi insan yang menyayangi aku yang terguris dek kerana keghairahan aku memasti kan kalian berjaya. Telah aku dedikasi kan dan kongsi kan kejayaan ini bersama mereka. Mungkin mereka kurang memahami nilai yang aku ingin kongsi kan namun cukup aku puas. Maaf kan kegagalan aku menjadi adil terhadap kalian. Aku usaha kan lagi. Doa kan.

Terakhir,
buat manusia yang besar jasa nya kepada aku dan kelab kita ini. Manusia yang sanggup melatih kami tanpa sebarang imbuhan material. Mengenali kelebihan dan kekurangan kami. Tiada lain yang aku mampu beri kan selain seikhlas hati ucapan terima kasih Abang Syahmi. Terima kasih. Semua kesanggupan kamu tidak ternilai dengan sekadar ucapan ini. Usaha, masa, kehidupan peribadi. Moga ALLAH memberkati kehidupan kamu Abang Syahmi. Aku akan khabar kan kepada generasi selepas ini agar tidak lupa siapa orang yang bertanggungjawab melatih sehingga tercetus kejayaan UniSZA buat julung-julung kali. Terima kasih dari saya secara peribadi dan juga mewakili Kelab Debat Bahasa Melayu UniSZA.

Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

SEMUA UNTUKMU

Salam,

"Bila salam dikirim dari jauh,
tiada kata yang dapat di dengar,
tiada senyuman yang dapat dilihat,
tetapi...
ia pasti dapat dirasai
ada doa dari hati yang mengingati."

14 May 2011
07.09AM

SELAMAT HARI LAHIR NURUL AIN MAT RAHIM

(Masih ingat pada gambar ini? Gambar dedikasi buat kamu,
dan juga gambar kali pertama menyerikan blog mylittleheart)





Sunday, June 5, 2011

SEKEPING HATI

Salam,

Hati..
Kisah tentang hati berjuta-juta cerita namun cukup sekadar seperanggan cuma mencoret kisah tentang nya.
Pesan aku buat kamu yang disayangi, jangan biar kan sehingga rasa ini mati lantas aku benar-benar pergi. Sungguh-sungguh pergi menjauh dari hidup kamu. Sejauh mungkin. Hati ini pandai lelah jika terus-terusan di biar tanpa pegangan. Jika ia sudah mati, berusaha lah sepenuh jiwa. Mungkin sahaja ia tidak akan kembali berdenyut mengalir kan rasa.
Rasa sayang...

leaving you save without hurting you
thah's how i deal with feeling




Wassalam.

Wednesday, June 1, 2011

INDAH NYA BILA MASJID ITU.......

Salam,

Selepas habis latihan jasmani di Stadium Mini Kementerian Pertahanan jam 8.00AM. 
Pantas kaki melangkah singgah di masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan untuk menukar baju. tiba-tiba minda ralit melakar ekspresi mengagumi ke indahan seni bina dan landskap nya. Saat melayan ralit nya fikiran, muncul rasa syahdu. 

Alang kah indahnya andai aku jua mampu membina masjid milik ku sendiri seindah ini nanti. 

Ya,
aku mahu kan masjid yang bakal ku bina nanti seindah seperti yang dapat ku tanggapi dengan mata tika ini. 


Subhanallah...
indah nya...
.

Aku merintih sayu dalam setiap sujud ku,
semoga sahaja bakal imam pada masjid ku nanti mampu mengemudi keindahan masjid yang terbina dengan penuh pengertian dan kecintaan terhadap Yang Maha Esa. 

Aku jua mengharap kan,
masjid yang terbina nanti bakal di hiasi dengan makmum-makmum yang soleh dan solehah yang juga bijak menghayati keindahan keiman terhadap Penciptanya Yang Maha Agung. 
 
Semoga keindahan masjid ku nanti bertambah seri nya
dengan kehadiran insan soleh & solehah

 
Ya Allah.
Perkenan kan rayuan nurani ku wahai Tuan Yang memiliki nyawa hamba. Kepada-Mu kuhampar kan puji-pujian, kepada-MU kusandar kan segala rintihan hati kecil ini.

Amiin....