Wednesday, November 30, 2011

RASA - RASA KEHIDUPAN

Salam,

serabut. Kalut. Bercempera. Akal dan emosi tidak sekata. Nafas tidak teratur helanya. Mata sentiasa layu. Badan sentiasa lelah. Malas berbuat apa - apa merajai diri.

Gagal.

Saya gagal mengawal diri untuk kesekian kali. 

 YaALLAH. 
Aku mencari jawapan.
Aku mengharap bantuan. 
Aku pinta kekuatan. 
Aku sedang dirasuk bingung tahap tinggi.
Aku sedang mengelamun tinggi sehingga aku terlupa rumput dibumi.

ALLAH.............. ALLAH............... ALLAH...............

Astaghfirullahaladzim.

Sudah lah begini. Sudah lah. Sapu airmata. Buka mata. Ukir senyuman.

Tuntas, hidup ini sememangnya medan berperang dengan diri dan nafsu sendiri. Relakah ditumpaskan nafsu?

Maka, cekal lah. cekal. Cekal!

Wassalam

Tuesday, November 29, 2011

KECEWA

Salam,

Kenangan menjadi hakim
World Universities Peace Invitational Debate 2011
percaya lah.. Aku sangat kecewa. Kecewa dengan kata-kata. Sangat kecewa.

Adakah kamu punya ubat terhadap kekecewaan ini?

Letakkan aku pada suatu nilai. Aku hanya berharap itu. Tidak lebih dan melebih-lebih.

Adakah sukar menjaga amanah itu?

Adakah sukar permintaan itu?

Wassalam.
 



Thursday, November 24, 2011

INI YANG SEBENARNYA

Salam,

~Actualy i was dumped alone since beginning~
ini yang sebenarnya apa yang aku rasa. Pembohong paling handal sudah tewas. setewas-tewasnya. Bila bibir dan hati tidak seiring, ini sememangnya soal yang sangat sakit dan episod paling bodoh sebab sengaja menahan sakit. 


Kalau orang sibuk mencari ubat, merawat punca kesakitan, aku pula sibuk menanggung azab. 

percayalah.

Sangat azab menanggung rindu. Rindu pada orang yang pernah hadir dalam hati sebagai teman yang paling istimewa. 

Pengajaran buat kalian, jangan sesekali memperbodohkan hati sendiri. JANGAN!

Wassalam.


Sunday, November 13, 2011

MONOLOG

Salam,

Kau adalah engkau, 
aku adalah aku,
aku tidak mungkin menjadi engkau,
dan jua tidak mungkin kamu mahu menjadi aku,
namun,
andai antara kita punyaa suatu persamaan,
ia merupakan suatu keindahan.


~Iqram, Pemuisi dari Pakistan~


Long journey to go. Hard & difficult
P/s: Sewaktu aku meyisir rambut, wajah ku aku hadapkan ke cermin. Mencermin diri.
Adakah aku selayaknya mencerca? 
Adakah aku selayaknya menimbang-nimbang kebaikan dan keburukan seseorang sedangkan aku sendiri penuh dengan kekhilafan?

Jawapannya tidak sukar kutemui. Satu sahaja perkataan sudah boleh menggambarkan keseluruhan jawapan.
Jawabnya, TIDAK.!

Sudah tiba masanya aku berdiri dengan kritikan kepada diri sendiri. Jangan perasan bagus. Hakikatnya, ibarat tin kosong.

Tidak perlu menunggu dia, mereka atau siapa pun untuk datang memaki dan mencerca. Aku perlu melakukan sendiri. Merenung dan bermuhasabah diri. Sambil itu mungkin aku perlukan secangkir keikhlasan untuk dihirup menghilangkan  dahaga dan semangkuk ketabahan untuk melenyapkan kelaparan. Sudah hampir selesai jalan ini kutempuh. Aku sudah lelah. Namun sebelum berehat, aku perlu selesaikan hutang piutang yang harus dilunas sebelum laluan ini kutukarkan ketangan lain yang bisa mengemudi. Doakan lah....

Wassalam.

Friday, November 11, 2011

IMAM KAMI

Salam,


setiap perkara antara kita jarang dirancang. Baik aku mahupun kamu.Setiap itu jua lah ia meninggalkan kesan manis yang sukar ditafsir. 

Rupanya, kemanisan sesuatu itu bila ia berlaku tanpa dirancang dengan perancangan manusia yang entahkan jadi entahkan tidak. Biar soal penentuan itu, serahkan pada ALLAH untuk memainkan peranan.

Kehadiran dia kemari tidak dirancang. Aturan Tuhan jejak kali keduanya kesini. Keteratak bonda tercinta. Si gadis masih dalam mimpi. Mamai mendengarkan khabar kedatangannya. Lantas si gadis bersetuju tanpa sebarang persiapan rasmi kononnya. 

Tidak mengapa. Jika ikhlas hatinya mahu kemari, apa jua situasi pasti dia redha. Ini realiti sebenar teratak bonda. Sarat penghuni, sarat ragam, dan yang pasti ini lah syurga kami. Seadanya. Sesuai menurut kemampuan saat ini.

Kali ini ketibaan nya disambut oleh si gadis. Bonda pulang bersama abang tepat dengan kehadiran dia. Juga perkara itu tidak dirancang. Takdir Tuhan yang menentukan. Serentak itu juga, azan maghrib berkumandang. Maka, itu petanda sujud seorang hamba kepada Tuan. Juga tanda bakal ada yang akan diuji sebagai imam kami. Ya, itu aku pasti. 

Pernah abang aku berjanji, andai dia hadir ke rumah nanti, perkara pertama dan utama yang akan menjadi neraca penilaian, samaada dia bersedia atau tidak untuk jadi imam kepada aku. 

Syahdu menyelinap kedalam hati. Dia mengimamkan kami. Menjadi imam kepada bonda, menjadi imam kepada wali-wali aku. Kami bersama mengaminkan doa yang dibaca. Serentak itu aku berdoa didalam hati,

"YaALLAH, yang maha mengetahui hati kecil hamba. Aku mohon. kekalkan jodoh kami.Satu kan kami didalam ikatan pernikahan yang menghalalkan kami untuk saling mencintai. Campakkan rasa kasih sayang didalam hatinya untuk mengasihi ma serta keluarga aku Ya ALLAH"

Saat dia tunduk mencium tangan wali-wali aku, saat dia tunduk mencium tangan bonda, itu merupakan saat paling manis untuk dikenang. Sungguh. 

7 November 2011, Aidiladha 1432 hijrah

Wassalam.


.

Sunday, October 30, 2011

SUKAR

Salam.

~Saya hargai setiap pengorbanan~
sedang memjalani situasi sukar. andai kamu tahu apa yang sedang rancak memalu seluruh urat saraf aku saat ini.

Sudi dan bisakah kamu fahami?
Aku fikir tidak. Bantulah aku melepasi situasi sukar. Jangan begini. Jangan menjadi penambah bisa yang merobek deria rasa didalam dada. Tolonglah kamu.

Berikan aku masa. Masa untuk mengemudi situasi sukar ini. Aku dan dunia yang aku cintai ini belum boleh berpisah. Belum.

Itu tidak membawa makna kamu itu soal sampingan. Salah fikiran kamu. Salah. Kamu sebahagian dari deria rasa aku. Masakan itu antara deria yang terpenting boleh menjadi soal sampingan?

Aku tidak mahu membentak. Aku tidak mahu menangis. Cukup-cukuplah.

Cukuplah sekadar kamu tahu aku mencintai kamu. Andai masih ragu, maaf kan aku. Aku tidak mampu mencari dan menunjukkan kamu, inilah percaya. Ambil sebagai pegangan. Andai ada...... Sudah pasti aku jejaki untuk diberikan kepada kamu. Ia memerlukan deria rasa kamu pula. Rasa kan dengan hati kamu, adakah aku berbicara jujur ataupun berdusta.

Itu sahaja pesan aku buat kamu.

The sun is out - the sky is blue
there’s not a cloud to spoil the view
but it’s raining - raining in my heart
The weather man says clear today
he doesn’t know you’ve gone away
and it’s raining - raining in my heart
Oh, misery - misery
what’s gonna become of me
I tell blues they musn’t show
but soon these tears are bound to flow
cause it’s raining - raining in my heart
But it’s raining - raining in my heart


Wassalam.

Saturday, October 29, 2011

DEBAT PENDETA II

Salam,

Team PENDETA 2011
Nadzely, Husaini , Rozila & Rogayah Ghozi
ini yang dinamakan rezeki. kemanisan ganjaran ALLAH setelah melalui saat-saat getir membuat keputusan. konflik yang terjadi bukan salah siapa-siapa. Aturan tuhan semuanya. Manusia, mampunya hanyalah mengikut rentak caturan tuhan. Itu kan janji seorang hamba.

Ya, 
perit untuk melepaskan salah seorang ahli pasukan debat PENDETA. Tetapi demi kepentingan UniSZA, kami sepasukan merelakan pemergian pendebat PENDETA untuk memenuhi kekosongan pasukan debat yang lebih berprestij. Kami kuat dengan apa yang kami ada. Biar ada ketika, sudah letih dan malas mahu berbuat apa-apa.

Debat dan konflik. Seolah-olahnya teman baik. 

Jawapan segala kegusaran adalah redha. ya. Redhakan keadaan, redhakan keinginan teman. Tersenyumlah dengan semua keadaan. 

Ucapkan syukur kepada ALLAH, dan terima kasih kepada mereka yang mendukung perjalanan team PENDETA edisi pantai timur.

Sisi perjuangan sukar pasukan PENDETA bermula dari awal lagi. Hanya 2 sidang penentuan berdasarkan sistem braket kumpulan. Sidang yang berlangsung tidak sama dengan debat-debat sebelumnya dibawah Majlis Debat Malaysia. Sangat berbeza. 


Saat getir berlalu.
Sidang suku akhir menemukan unisza dengan pasukan UMP B.
Kerajaan: UMP B
Pembangkang: UniSZA
Juri: supreme
margin:  2
Usul: Ditolak 


Sidang separuh akhir menemukan UniSZA dengan pasukan USM A
Kerajaan: UniSZA
Pembangkang: USM A
Juri: 2 - 1
Margin: 2.33
Usul: Diterima

 
Sidang final menemukan UniSZA dengan pasukan UMK 
Kerajaan: UniSZA
Pembangkang: UMK
Juri: 3 - 0
Usul: Diterima


Rezeki memihak sekali lagi kepada UniSZA. 2 piala kejuaraan pantai timur menjadi milik kita. Mudah- mudahan diperingkat IPTA kita berjaya menembusi tembok final yang masih lagi kita dambakan. InsyaALLAH.

Nota: Rezeki, ketentuan, dan takdir... segalanya milik ALLAH. Percayalah. Kecam lah aku. Aku sudah tidak kisah biar apa kata mereka. 

Terima kasih ALLAH. Terima kasih abah dan ma. Terima kasih keluarga. Terima kasih teman seperjuangan PENDETA. Terima kasih Oratorian. Terima kasih dearie. Terima kasih semua.

~Ehsan gambar dari kamera Abang Bob.
Sewaktu final PENDETA kami tidak punya kamera khusus untuk merakam detik terindah.
maaf oratorian~




Wassalam.