Salam,
aku mendengar momokan manusia yang cetek akal. Mengembar-gemburkan tanpa bertanya. Memomok-momokan tanpa usul periksa.
~Ya, membaca itu sumber ilmu dan ia merupakan cabang ibadah~ |
Kasihan manusia begini.
Manusia cetek akal. Rendah nilai budi dan pemurnian diri.
Bijaknya mencerca tanpa usul periksa.
Ilmu itu maha luas takrifan dan pencariannya.
ibadah itu juga berbilang caranya. Apa hanya berteleku disejadah itu sahaja yang dipanggil ibadah? Tidak.
~Mengajar dan belajar tentang perkara baru itu juga ilmu dan ibadah~ |
Memasak itu ibadah. Bersenam itu ibadah. Berbincang perkara yang baik itu ibadah. Pendek kata, segala amalan manusia itu ibadah selagi mana tujuannya digantungkan untuk mencari redha ALLAH.
Andai tahajjud dan solat kalian itu disulami ujub pada diri, adakah pada perkiraan akal fikir kalian ia juga diterima disisi tuhan sebagai ibadah? Tidak.
Kasihan. Benar-benar kasihan dengan akal fikir manusia yang masih belum sempurna pencarian ilmu Siasah Syariah mereka, belum khatam ilmu agama meraka tetapi bijaknya berkata-kata. Ibarat Muallim gayanya.
Mudah-mudahan cahaya hikmah meyubur.
Mudah-mudahan rentak segala ilmu itu diukur dengan ketinggian akal dan budi.
Mudah-mudahan kejumudan tidak membatasi diri.
~Berbincang isu dunia itu juga ilmu dan ibadah~ |
Buka mata. Buka hati. Buka minda. Kenali diri. Fahami nurani. Suburkan budaya menerima kepelbagaian ilmu. Alangkah indahnya Islam itu.
Wassalam.